Followers

Welcome~

Monday, August 15, 2011

CEK-UP

Assalammualaikum..

Hari ni kan aku ada temujanji ngan doktor nak buat medical cek-up, jadi pagi tadi pun aku pergila dengan parents aku..Seperti yang aku jangka, jawapan doktor masih sama macam dulu-dulu jugak .. still tak ada jalan nak buat macam mana.., sebab benda alah yg ada kat dalam kepala aku ni bahaya untuk dibuang.. Kalau dibuat jugak ianya akan menyebabkan pendarahan yg serius didalam kepala aku ni... Dan itu boleh mengakibatkan kematian.. Jadi sekarang ni aku hanya boleh berserah kepada Allah SWT sajalah serta berdoa agar aku diberikan kesembuhan untuk sakit ku ini.. Jadi sekarang ni aku hanya bergantung kepada ubat sahaja.. Tak apalah.. Inilah dugaan untuk aku tempuhi.. 
WALLAHHUALAM












MUHASABAH KEIMANAN DALAM RAMADHAN

Assalammualaikum...

Anugerah besar buat kita semua jika Ramadhan tetap kita jumpai lagi. Inilah momentum termahal dalam hidup kita untuk kita menggapai redha Allah dengan sebaiknya, meraih prestasi ibadah setinggi-tingginya. Insya Allah!

 Ramadhan, adalah bulan yang mulia, bulan al-Qur'an, bulan shiyam, bulan bertahajjud dan qiyamullail, bulan kesabaran dan takwa, bulan yang terdapat di dalamnya suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan di mana syaitan dibelenggu, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka.

 Bulan amal kebaikan dilipat gandakan dan penuh berkah dalam ketaatan, bulan pahala dan keutamaan yang agung. Maka setiap orang Islam yang mengetahui sifat-sifat ini dianjurkan untuk menyambutnya sebaik mungkin, mempersiapkan berbagai amal kebajikan agar memperoleh keberuntungan yang besar dan tidak berpisah dengan bulan itu, kecuali ia telah menyucikan roh dan jiwanya.

 Apabila kita mempersiapkan diri untuk beribadah kepada Allah Ta’ala di bulan yang diberkahi yakni Ramadhan dengan menghindari hal yang haram dan membatalkan pahala, maka insya Allah darjat taqwa akan kita raih. Sedang Allah telah memberi pujian kepada orang yang taqwa:

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ [الحجرات

 "Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (QS Al-Hujurat/ 49: 13).

Saudaraku, beramal soleh itu penting. Tetapi jauh lebih penting lagi adalah beriman yang benar sebelum beramal. Sebab bila iman sudah benar, maka sekecil dan sedikit apapun amal seseorang, nescaya ia akan memperoleh balasan yang baik dan berlipat dari Allah سبحانه و تعالى di akhirat kelak. Namun sebaliknya, sebanyak apapun amal seseorang jika tidak dilandasi oleh iman yang benar, nescaya ia akan merugikan di akhirat kelak. Sebab Allah سبحانه و تعالى tidak akan memberikan penilaian apapun diatas amal yang tidak berlandaskan iman yang benar tadi.
 Allah سبحانه و تعالى memperingatkan kita bahawa ada  manusia di dunia ini yang mengira bahwa dirinya sudah banyak berbuat kebaikan namun ternayata di dalam pandangan Allah سبحانه و تعالى justeru mereka itulah orang-orang yang paling merugikan.

 قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأخْسَرِينَ أَعْمَالاالَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ

فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

 “Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?" Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.” (QS Al-Kahfi 103-104)

 Apakah faktor yang menyebabkan perbuatan yang mereka sangka baik itu justeru ternyata di mata Allah سبحانه و تعالى adalah sia-sia dalam kehidupan di dunia..
 Menjadi seorang muslim adalah menjadi seorang muwahhid (ahli Tauhid). Tauhid merupakan pesan abadi para utusan Allah سبحانه و تعالى kepada umat manusia dari zaman ke zaman.

  وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولاأَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ


 Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu." (QS. An-Nahl [16] : 36)

 Pesan ini dibawa oleh setiap Nabi dan Rasul Allah sepanjang masa. Setiap umat telah mendengar pesan abadi para Rasul Allah ini. Suatu pesan yang ibarat coin bersisi ganda. Ada sisi keharusan menyembah Allah سبحانه و تعالى semata dan sisi lainnya ialah menjauhi Thaghut.
 Adapun menurut istilah syariat, definisi yang terbaik adalah yang disebutkan Ibnul Qayyim rahimahullah: "(Thaghut) adalah setiap sesuatu yang melampui batasannya, baik yang disembah (selain Allah Subhanahu wa Ta'ala), atau diikuti atau ditaati (jika dia redha diperlakukan demikian)."

Definisi lain, thaghut adalah segala sesuatu yang diibadahi selain Allah (dalam keadaan dia rela)Thaghut itu mencakup banyak hal. Namun pimpinannya ada lima, yaitu:
  1. Iblis atau syaitan
  2. Penguasa yang zalim
  3. Orang yang memutuskan perkara dengan aturan selain apa yang telah Allah سبحانه و تعالى turunkan
  4. Orang yang mengaku mengetahui perkara yang ghaib selain Allah سبحانه و تعالى
  5. Orang yang diibadati selain Allah dan dia rela dengan peribadatan itu.
Manusia tidak dikatakan beriman kepada Allah sehingga dia kufur (ingkar) kepada thaghut, sebab kufur kepada thaghut adalah separuh dari kalimat Tauhid لآ إله إلا الله. Dan ingkar kepada thaghut harus mencakup segala jenis thaghut, bukan sebagian saja. Bila seorang muslim beriman kepada Allah سبحانه و تعالى seraya mengingkari segala bentuk thaghut yang ada, nescaya sempurnalah imannya. Ia disebut seorang muwahhid (ahli Tauhid) sejati.
 Di dalam Al-Qur’an Allah سبحانه و تعالى menyatakan bahwa yang ber-wala’ kepada Allah سبحانه و تعالى bererti menjadikan Allah سبحانه و تعالى sebagai Wali-nya (pemimpin, pelindung dan penolongnya). Dan mereka itulahlah orang-orang yang beriman. Sedangkan yang ber-wala’ kepada thaghut adalah kaum kafir. Bagaimana mungkin di dalam diri satu orang ada dua identiti yang bertolak-belakang? Mustahil.

 اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوايُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِإِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُالطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَالنُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ


 “Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah thaghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran).” (QS. Al-Baqarah [2] : 257)

 Dan mereka yang mengekor kepada kaum kuffar —baik dari kalangan ahli Kitab mahupun kaum musyrikin— bererti telah menyediakan kehidupannya untuk diatur berdasarkan hukum thaghut padahal mereka mengaku beriman....!

 أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَأَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَوَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِوَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِوَيُرِيدُ الشَّيْطَانُأَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلالا بَعِيدًا


 “Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.” (QS. An-Nisa [4] : 60)

 Sungguh, setelah memperhatikan berbagai peringatan dan penjelasan Allah سبحانه و تعالى di atas yang begitu terang, hanya satu pertanyaan yang menggelayut di fikiran seorang muslim-muwahhid sejati: mengapa gerangan masih ada orang yang mengaku dirinya muslim namun tidak mau mengingkari thaghuT

WALLAHHUALAM..

Thursday, August 4, 2011

ZAKAT..

Fakir miskin dan zakat di sisi Ramadan

SABAN tahun secara tradisinya, kedatangan Ramadan menandakan permulaan musim zakat fitrah. Sewaktu masih kecil sekitar tahun 1970-an dan 1980-an, tentu kita masih ingat betapa datuk dan nenek, ibu dan bapa berpesan-pesan agar tiada sesiapa pun terlupa menunaikan zakat fitrah. Bagi mereka, tanpa zakat fitrah maka puasa tidak akan sempurna.
Masa berubah, pandangan hidup juga berubah. Dewasa ini Ramadan yang datang dijadikan bulan penuh agenda, termasuklah dalam bab sedekah dan fitrah. Jika dahulu sedekah hanya dalam skala yang kecil, sesuai dengan kemampuan orang kampung yang tidak seberapa, kini sedekah sudah menjadi agenda besar.
Orang yang kaya dan mampu, mereka tidak berkira menaja orang lain berbuka puasa sehingga kosnya mencecah ribuan ringgit. Hakikatnya, di masjid dan surau di bandar besar, fenomena ini semakin leluasa.
Dalam konteks zakat juga, Ramadan tidak lagi sekadar dianggap musim bagi menunaikan zakat fitrah semata-mata. Umat Islam hari ini sering diperingatkan, bahawa Ramadan juga adalah bulan melestarikan kebajikan harta pelbagai cara - khususnya zakat - dengan motivasi pahala yang berganda-ganda. Semuanya bertujuan agar umat Islam menjadi rajin bersedekah dan berzakat, malah melebihi daripada bulan-bulan yang lain.
Maka hari ini, terbitlah rangkaian kata-kata misalnya, Ingat Ramadan Ingat Zakat, Bukan Sekadar Zakat Fitrah' ataupun Zakat Pada Ramadan; Bukan Sekadar Fitrah. Motifnya hanya satu, iaitu menjentik minda umat Islam agar memahami bahawa dalam hidup mereka, zakat itu tidak sekadar diwajibkan dengan zakat fitrah, tetapi juga terpikul di pundak mereka kewajipan zakat harta yang lebih besar tanggungjawabnya.
Hakikatnya, zakat fitrah hanyalah satu juzuk daripada kewajipan harta. Ia diwajibkan kepada Muslim, sesuai dengan roh Ramadan yang mewajibkan ibadah puasa. Kerana, dengannya akan menjadikan setiap orang tahu erti kesusahan dan penderitaan orang lain yang kurang upaya.
Maka, memberikan zakat fitrah pada akhir Ramadan ibarat melengkapi sebuah perjalanan dalam menuntasi mujahadah menggapai kasih-sayang Allah dan sesama manusia.
Ibnu Abbas berkata (maksudnya): "Rasulullah telah mewajibkan Zakat Fitrah bagi tujuan untuk menyucikan orang yang yang berpuasa daripada perkara buruk yang tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada fakir dan miskin." (Riwayat Abu Daud).
Namun, amalan pada hari ini menyaksikan, agihan zakat dilakukan lebih awal. Ia tidak lagi diberikan kepada fakir dan miskin pada penghujung Ramadan. Dengan bantuan awal ini, diharapkan mereka dapat membeli keperluan dengan lebih selesa, sama seperti orang lain yang berkemampuan.
Lalu, menjelang Ramadan kita dapat melihat di sesetengah tempat, asnaf fakir dan miskin akan dikumpulkan di masjid-masjid untuk menerima wang zakat bagi menyediakan diri dan keluarga menghadapi Ramadan, juga hari raya yang bakal tiba. Bagi negeri Selangor misalnya, menyaksikan 19,008 keluarga dalam kalangan asnaf fakir dan miskin menerima bantuan zakat sejak pertengahan Julai lagi.
Manakala di sesetengah negeri lain, jumlah bantuan fakir dan miskin telah dinaikkan pada bulan Ramadan.
Realitinya, memberikan keperluan kepada fakir dan miskin memang dituntut oleh Islam. Apatah lagi dalam suasana menyambut Ramadan dan hari raya. Maka, atas dasar itu jugalah Rasulullah sendiri menjadikan Ramadan sebagai medan menyuburkan sedekah, sehingga digambarkan nabi memberikan sedekahnya dengan lebih laju berbanding bulan-bulan yang lain. Lalu nabi turut berpesan kepada kita dengan sabdanya: "Sebaik-baik sedekah itu adalah pada bulan Ramadan." (riwayat at-Termizi).
WALLAHHUALAM..

Tuesday, August 2, 2011

kucing..

Assalammualaikum semua dan salam Ramadhan...

Sekarang `Siti`aku dah tak boleh mengandung.. `Siti` yg aku cakapkan ni, bukannya `Siti penyanyi tu daa..  `Siti yg dimaksudkan ialah kucing aku daa.. Semalam pada tanggal 2/8 secara rasminya kucing aku di KASI (dimandulkan). Yela.., kenala dikasikan kalau tak nanti dia pregnant lagi.,, sapa nak jaga anak dia, mak aku jugak.. Nampaknya sekarang ni keadaan dia dah beransur-ansur pulih syukur alhamdulillah.. Jika dibandingkan dengan semalam agak teruk jugak. Yela.., nama pun pembedahan.. Buat masa ni dia dah mempunyai 3 ekor anak.. Jadi sudah-sudah la tu.. Bagi aku 3 ekor pun dah banyak oo... Ok chaw dulu MEAW.......!!!!!

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN..

Assalammualaikum...



Terlebih dahulu aku nak mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubaraq bagi seluruh umat Islam.. Aku juga meminta maaf sebab dah agak lama aku tak update blog ini ala biasalah.., kalau `penyakit M`(malas) melanda diri ini.., mulalah dia... Alhamdulillah, buat masa ni ak dapat melakukan ibadah ini tanpa sebarang masalah.. `syukurrrrrr`.....
2,3 hari yg lepas mak aku ada cakap ngan aku.., pada 15/7 ni.., aku ada temujanji dengan doktor.., ala nak buat chek-up sikit... Kalau pasal tu ak tak kisah.., tapi nak pergi buat benda tu pada bulan puasa daa.., sure penat punya.. Adussss kalau ye pun, tunggula lepas puasa.., hrmm.. Pergi jelah.. Oklah aku harap bagi seluruh umat Islam selamat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.. Sebab pada Ramadhan yg berikutnya, belum tentu kita akan dapat menyambutnya.. Jadi aku nak sarankan agar kita anggaplah Ramadhan pada tahun sebagai puasa terakhir dalam hidup kita.. Mudah-mudahan apa yg aku peringatkan ini dapat kita semua jadikan ianya sebagai pendorong untuk kita lebih bersungguh-sungguh dalam ibadah puasa ini.. Oklah semua dah lewat ni, esok nak bangun sahur kang tak bangun pulak aku... Ok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...