Followers

Welcome~

Tuesday, July 26, 2011

PERHATIAN

 Assalammualaikum...

PERHATIAN SEMUA UMAT ISLAM!!

Sekiranya sesiapa yang nampak pokok Gharqad ada ditanam di Malaysia nie...., diharap mereka dapat memaklumkan serta memanggil majlis suroh untuk menebangnya ok.... Nama lain bagi pokok ini ialah African boxthorn. Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim menyatakan bahawa " tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat)..." hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperangdengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini, yg  kini telah ditanam secara meluas di tanah palestin. Betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai akan kesahihan dan kebenaran hadith ini. Halaman kerajaan yahudi di israel telah mengesahkan kesahihannya. Halaman ini boleh dicatat dihalaman Jewish National Fund. http:/.www.jnf.org/. Dari maklumat yang ada di halaman itu, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok tersebut!!! Bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut di samping tujuan utamanya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini tinggal. JNF ini juga menyatakan bahawa mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain.. Wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu. Tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetapi tetap menentang Islam."
WALLAHHUALAM...!!!

POKOK YAHUDI

Saturday, July 23, 2011

Kenduri..

Assalammualaikum....
Tadi aku pergi mkn kenduri kat rumah kawan aku.. Bukan kenduri kawin daaa... Member ak 2 `pemalu`orangnya.. Orang Kedah cakap `penyegan`.. Katanya nak kumpul duit dulu..,(yela 2). So aku pergi la dengan mak aku.. Almaklumla dengan keadaan aku ni, takkan aku nak pergi naik bas kot he3x... Kalau dah mkn kenduri,mesti la perut kenyang.., tapi yg aku senang bangat......, aku dapat `ketemu`(jumpa) dengan kawan-kawan  lama aku.. Macam mana  hati tak senang.., sekarang ni nak jumpa dengan kawan-kawan bukannya senang.., sebab masing-masing dah bawak haluan hidup masing-masing.. Ada yg dah kerja. berkeluarga dan macam-macam lagi lah. Tapi tak apa.., hari-hari macam ni lah yg sering ak nanti-nantikan selain `hari raya`.. Jadi teringat aku pada masa zaman sekolah menengah dulu..

Thursday, July 21, 2011

SEDAP.. NYUM-NYUMM

Assalammualaikum...
Alhamdulillah.., aku baru lepas habis mkn durian.. Aku ingatkan dah tak ada lagi durian yg tinggal.. Rupa-rupanya ada lagi.. Aku ingatkan tinggal sepokok aje yg masih wujud yg kat tepi rumah aku ni..,rupa-rupanya ade lagi pokok kat belakang rumah aku ni.. Masakan aku tak terkejut,, Dulu ayah aku cakap nak buang (bunuh) pokok durian yg kat belakang rumah aku ni, sebab tak nak berbuah.., alih-alih tak jadi pulak.. Ada hikmahnya tak jadi buang.. Tengok... Kan dah merasa hasilnya.. Kalau la dulu pokoknya dibuang.., kan tak merasa aku makan buahnya... Hrmm..
Ape-ape pun.., SEDAP.....  ERRKKKKKKK..... he3x.....
Syukur alhamdulillah...

Tuesday, July 19, 2011

DRAMA..

Assalammualaikum..
Semalam drama bersiri kegemaran aku dah habis arr.. Ala drama bertajuk `JUVANA`.. Lepas ni aku tak tahu la drama apa pulak yg tv3 akan tayangkan.. Tah best ke tidak.., tunggu sajelah.. Bakkata orang putih, `just wait & see`ha3x....... Walau ape drama sekalipun, aku akan tetap menontonnya.., tapi mungkin sekali aje kot.. Kalau best, minggu depan akan aku tengok lagi... Hrmm.. Walau drama apa pun yg ditayangkan... Aku harap ianya akan membuatkan semua penonton-penonton tv3 terhibur amin.....

Sunday, July 17, 2011

doyan...


Assalammualaikum...
Sory la sebab dah 2,3 hari aku tak update blog aku ni.. Bila dah ada perasaan `malas..,`mula lah... hrmm... Okla.. Hari ini  aku senang bangat sebab abang sepupu aku datang rumah bersama isteri dan anak-anaknya.. Depa 1 family memang rajin datang ke rumah aku ni.. Yela.., mak aku kan mak sedara depa jugak ,so kena la selalu datang menziarah.. Lagipun rumah kami ni boleh lah diketegorikan dekat jugak.. Kebetulan masa diorang datang rumah, ada durian yg gugur.. Jadi dapat lah diorang merasa mkn durian yg mana sekarang ni boleh dikatakan bukan `musim durian`berbuah.. Itulah keganjilan pokok durian kat rumah aku ni.. Time `musim durian`, ianya tak `melekat`.., tapi time `musimnya`dah berakhir.., barulah nampak kelibat buahnya he3.. Itulah namanya rezeki Allah SWT..

Sekarang ni adik lelaki aku sudah mula bekerja.. Dia bertugas sebagai pembantu perubatan.., dalam bahasa inggerisnya digelar `MEDICAL ASSISTAND `atau (MA).. Buat masa sekarang dia bertugas dekat Hospital Besar Sultanah Bahyah Alor Star Kedah, selama 6 bulan sebelum diserapkan ke tempat posting yg telah ditetapkan.. InsyaAllah tahun hadapan adik perempuan ak pulak.. Yang sorang 2 pulak `Nurse`.. Orang-orang kampung panggil `Misi`he3....
Jadi nampaknya tinggal lah ak dengan parents ak kat kampung.. Tak palah.. Sekurang-kurangnya aku dapatla tolong apa-apa yg patut.. (tapi hakikatnya aku yg selalu mintak tolong) he3...
Aku nak minta maaf banyak-banyak kat semua.., sebab aku tak boleh uploadkan gambar durian-durian yg kami mkn tadi..,  almaklumlah kerana buat masa sekarang ni sebarang kamera biasa mahupun kamera handphone semuanya rosak.. Untuk kamera kegunaan keluarga, tak lama lagi ada la 2.., tapi kamera handphone  aku maybe 2 or 3 tahun lagi la kot.. Duit 2 ada kalau nak beli..,tapi aku berhajat nak buat belanja pergi Umrah.., lepas 2 barulah aku boleh belanjakan duit yg berbaki 2.. Aku harap semua yg membaca artikel aku ni.. dapat mendoakan hajat aku ni agar ianya kesampaian.. amin...

Tuesday, July 12, 2011

Ungkapan Sayang Terhadap Ibu

Assalammualaikum..
Adalah IBU yang telah ‘membuat’ kita ada di dunia ini. Sungguh layak dan wajib kita ingat dan kenang selalu keberadaan seorang IBU. Tidak perlu malu atau sungkan untuk menyampaikan ungkapan sayang terhadap IBU Banyak cara yang bisa kita lakukan. Selain mengikuti segala aturan IBU, pergunakanlah tutur kata yang baik dan sopan dengan ritme nada yang lembut ketika berkomunikasi dengan IBU. Seberapa besar dan sehebat apa pun kita, tidak akan mampu membalas segala yang telah IBU berikan pada kita.
Ungkapan sayang terhadap IBU berikut ini, meski dalam Bahasa Inggris, sangat menyentuh sekali jika Anda menyampaikan kepada IBU pada HARI ULANG TAHUN beliau atau pada HARI IBU. Jika tidak ‘suka’ menyampaikannya dengan Bahasa Inggris, berusahalah untuk menterjemahkannya. Mengusahakan sesuatu untuk seseorang yang berarti dalam hidup ini, tentu tidak akan ada kata MALAS…!!! ;-)
Mommy, I love you For all that you do. I’ll kiss you and hug you ‘Cause you love me, too. You feed me and need me To teach you to play, So smile ’cause I love you On this Mother’s Day. Mommy, I love you…
So many wonderful moments we have spent together, so many wonderful years in all kinds of weather, thinking of u mother brings memories to mind, wonderful moments i ll treasure, these u gve me sincerely thats why my mom , I love u so dearly. Happy Mothers Day My dear Mom…
What the heart gives away is never gone , but kept in the hearts of others, from dusk to dawn. Love you from the core of my heart. Happy Mothers Day…
Mother is an undying love, A love beyond compare, the one you take your troubles to, she is the one who really cares. Mother you are all of this and more, I love you very much…

Being a great mother is a very hard role, but mother you’re the star for this one I know, I love you Mom. Happy Mothers Day…

The love she has deep in her heart, Always gives me a good jump start, She is the one who’s love is true, Thank u Mom for being u…

There are no words that say thanku enough for everything you have done for me while I was growing up. I really do appreciate you and admire you very much, though I dont always express myself that I’ll always be intouch, I guess that’s why we have these special days, so that peoples like myself can say that they will love you always. Happy Mothers Day My Cute Mom…

Thank you mother for all that you do, I know my thanks are far to few, I really do love you I dont say enough, for me those words are really tough, I wish I could express all that I feel, but for me you know thats a big deal, Have a good day I’m thinking of you , I hope my feelings are getting through. Happy Mothers Day…

When you feel you’re  alone in a crowd, when you think no one can understand you, when you think your love is rejected by others, and when you hate your life just close your eyes and think about her who loves you truly, cares for you in your loneliness, dies when you cry, she is no one else but your MOM…

Sunday, July 10, 2011

`TRANSFORMERS`

Assalammualaikum semua..
Sekarang ni dah berakhirlah sebuah `perhimpunan`yang ianya telah dilabelkan oleh najib PM Malaysia dan krono-kroninya sebagai `PERHIMPUNAN HARAM`..  Macammana perhimpunan 2 tak dilabelkan sebegitu.., dah najib tak nak dengar keluhan dan pendapat para ahli-ahli anggota pembangkang.. So itulah jalan penyelesaian terakhir untuk mendapatkan perhatian kerajaan       
pimpinan `NAJIB PENAKUT`DAN KRONI-KRONINYA` .. Aku ingatkan polis dah tak ambil kisah lagi pasal `perhimpunan tu tapi sepanjang perjalanan aku nak pergi menonton wayang, polis dok buat sekatan jalan.. Yela.., takut ada lagi yg nak join tunjuk perasaan tu.. Oklah.., sekarang kita lupakan hal-hal politik yg mengarut tu... Kita berkisar pulak kepada cerita aku.. Akhirnya pada malam semalam.., aku dapat jugak tengok filem kegemaran aku.. `TRANSFORMERS`.. punya la lama kepingin nak tgk, last2 dapat jugak..Walaupun dah  hampir 13 hari ditayangkan.., tapi still ramai lagi orang.. (kat tempat lain aku tak tau la..) hrmm.. Syok gak cerita 2.. Sebab 2 la `box office`.. Tapi aku agak terkilan sikit arr.., dari rumah lagi aku dah plan lepas tengok wayang, aku nak beli `cd game untuk PS2` alih-alih tak jadi beli.. Tak apala.., itulah namanya tak de rezki... he3... Maybe next time ak beli.. Apa-apa pun untuk movie `TRANSFORMERS` malam tadi.., aku bagi 10 bintang sebab best..!!!!! sesangat.... tak caya tengok arr sure korang tak kecewa.. So.. Selamat menonton..!!!

P/S
Jikalau aku ni sihat macam biasa, dah tentu aku pergi join perhimpunan tu macam member aku sorang tu.. Tapi tak apelah.. Semuanya telah tertulis dan aku percaya.., `setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya`.. Amin....

 `TRANSFORMERS`

Thursday, July 7, 2011

KOS KLCC


 KOS KLCC YANG SEBENAR HAMPIR RM 10 BILION
Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek KLCC, yang merangkumi pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan-bangunan serta segala infrastruktur lain di sekitar tanah bekas lumba kuda di Jalan Ampang itu. Ada sesetengah berita mengutarakan yg ianya mengatakan bahawa kos Menara Kembar itu ialah RM 1.8 bilion. Dan ada pula yg menyebut RM 4.8 bilion sebagai kos KLCC keseluruhannya. Jangkaan-jangkaan ini adalah jauh sekali dari angka sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION.
Perkara ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan pembaziran wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah, sebenarnya, kepunyaan rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-

1. SIAPA SEBENARNYA YANG KONTROL PETRONAS?
Sungguh pun saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan Menteri Kewangan (1%), apabila orang-orang pergi mengadu kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan dan TPM pada masa itu, yang projek KLCC itu adalah satu pembaziran besar, beliau dilaporkan telah menjawab lebih kurang seperti berikut, “ Petronas adalah seratus peratus di bawah Perdana Menteri. Jadi dalam perkara ini saya tidak boleh komen pun, jangan kata nak buat apa-apa”.
Adalah satu pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi, Pengarah-Pengarah, Presiden, dan Naib-Naib Presiden Petronas perlu kelulusan Perdana Menteri (secara lisan atau bertulis, saya tidak tahu). Mana-mana dari mereka yang ingkar dengan kehendak PM sudah tentu tidak boleh bertahan lama.

2. ADAKAH PETRONAS PERLU PROJEK KLCC ?
Jawabnya TIDAK, kerana Petronas sudah ada Dayabumi, dan telah pun membeli dua bidang tanah besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan bila perlu untuk menempatkan kakitangan-kakitangannya yang kian bertambah, dan yang sedang menyewa ruang pejabat di beberapa bangunan di sekitar bandar raya KL. Satu bidang tanah itu terletak di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit Bintang yang diberi nama “ Prince Court “, dan yang satu lagi ialah bekas tapak British Council di Jalan Ampang di belakang Yow Chuan Plaza.
Lagi pun, pihak Pengurusan Petronas telah beberapa kali sebelum itu mengumumkan dengan tegasnya kepada kakitangan bahawa hartanah tidak termasuk dalam senarai perniagaan asas (“core business”) syarikat, apabila kakitangan meminta mengekalkan atau menambah perumahan yang disediakan untuk keperluan kakitangan di Kerteh, Bintulu, dan lain-lain, di mana tidak cukup rumah-rumah untuk disewa dengan harga sederhana. Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan akan dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan “core business” Petronas.
Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah Petronas untuk melabur secara besar-besaran dalam projek hartanah yang digelar KLCC itu adalah atas desakan orang yang lebih berkuasa dari pihak Pengurusan Petronas, iaitu PM.

3. BAGAIMANA CARA PETRONAS DIPAKSA MEMAJUKAN KLCC?
Petronas terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC Holdings yang sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat ANANDA KRISHNAN (40% lebih kurang), dan sebuah syarikat lagi (saya tidak ingat namanya, tetapi kepunyaan kroni jua). Ananda Krishnan adalah seorang kroni Dr Mahathir yang besar.
Hampir semua wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari Petronas, sama ada sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman; ANANDA KRISHNAN sebagai pengambil untung saja.

4. BAGAIMANA KOS KLCC NAIK SAMPAI HAMPIR RM 10 BILION?
4.1  KOS TANAH: RM 900 JUTA
Petronas telah diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda dari syarikat kepunyaan ANANDA KRISHNAN dengan harga RM 900 JUTA, walau pun ANANDA KRISHNAN telah membeli tanah pertanian itu dengan harga lebih kurang RM 300 juta hanya setahun sebelum itu, dan telah tukar syarat kegunaan kepada komersial. Jika ditolak kos penukaran syarat, serta faedah ke atas pinjaman wang dari bank, kita boleh jangkakan bahawa ANANDA KRISHNAN telah diberi keuntungan tidak kurang dari RM 400 JUTA oleh Dr Mahathir, melalui Petronas.
Untuk menutup peranannya dalam hal ini, semua arahan PM kepada Petronas adalah secara lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan meluluskannya  dengan rasmi, lengkap dengan kertas cadangan yang menggambarkan keuntungan yang bakal diperolehi Petronas dari projek KLCC itu,
Harga RM 900 juta ini dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping cek sahaja, setelah dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA KRISHNAN sendiri, yang datang ke Dayabumi dengan seorang pegawainya untuk tujuan tersebut, pada suatu hari masa Pengerusi dan Presiden Petronas tidak ada dalam negeri..
4.2   KOS MENARA KEMBAR SAHAJA: HAMPIR RM 4 BILION
Kos bangunan tertinggi di dunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah RM 2.3 BILION, sebelum termasuk kos persiapan dan pemasangan alat-alat di sebelah dalam, yang menelan belanja lebih kurang RM 1 BILION lagi.
Konsortium untuk Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR.
Konsortium untuk Menara Dua mempunyai syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR LELAKI KEPADA DR MAHATHIR.
Selain daripada itu, semua anak-anak syarikat Petronas yang berpindah ke Menara Satu tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah dipaksa membeli “workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang dipunyai majoritinya oleh MIRZAN BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti Hasmah, saya dengar. Dengan harga RM 10,000 tiap-tiap sebuah “workstation”, dan memandangkan ada lebih kurang 5,000 kakitangan Petronas di Menara Satu, maka kontrak ini bernilai lebih kurang RM 50 JUTA. Dari segi mutu, harga ini dianggap ramai sebagai luar biasa tingginya.
Selain daripada “workstation”, bilik pengurus -pengurus dilengkapi dengan perabot dari luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM 70,000 sebilik. Untuk pengurus besar-pengurus besar pula RM 138,000 sebilik; dan untuk Naib-Naib Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih tinggi lagi (maaf, saya tidak ada maklumat tepat). Selain daripada itu ada beratus bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan didharabkan semua bilik-bilik ini, maka kita mendapati kontrak yang bernilai LEBIH DARI  RM 200 JUTA, terutama sekali kalau diambil kira perabot untuk ARAS 86, DIMANA DIBINA KHAS UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU, BILIK MESYUARAT, dll. Siapa punya syarikat pembekal perabot-perabot ini, saya tidak tahu, tetapi dari segi harga yang amat luar biasa tingginya yang Petronas telah terpaksa membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari suku sakat atau kroni Dr Mahathir
Dari satu sudut, mengadakan PEJABAT UNTUK DR MAHATHIR di aras 86 Menara Satu JELAS SATU LAGI PEMBAZIRAN, kerana dilaporkan menelan perbelanjaan berjuta Ringgit.. Tak cukupkah yang mewah di Putra Jaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu untuk memberi keuntungan besar lagi kepada suku-sakat dan/atau kroni.
Tiap-tiap satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah 1.85 juta kaki persegi.(kpsg) Di Menara Satu, hampir tiap-tiap aras dipasangkan dengan permaidani (yang dikatakan susah terbakar) yang berharga RM 70-90 tiap satu kpsg ( sungguh terkejut manusia apabila mendengarnya!!). Kalaulah hanya 1.5 juta kpsg dihiaskan dengan permaidani ini, maka kontrak pembekalan dan pemasangannya bernilai lebih RM 100 JUTA. Ramai kakitangan Petronas menyebut-nyebut bahawa syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai oleh ANAK-ANAK MAHATHIR.
Tidak ada maklumat tentang permaidani di Menara Dua; Petronas ada satu anak syarikat sahaja yang menduduki di situ. Ruang lain sama ada disewa kepada syarikat lain atau masih kosong ---- KEBANYAKKAN MASIH KOSONG KERANA TIDAK LAKU DISEWA!!
Di Aras 41, 42, dan 43 terdapat MALAYSIAN PETROLEUM CLUb, yang amat mewah sekali perhiasannya, menelan belanja berpuloh juta ringgit (dengar-dengarnya, lingkungan RM 30 JUTA).
 
4.3   KOS  TAMAN KLCC: RM200 JUTA
Yang peliknya konsultan dari Brazil yang diberi kontrak untuk mereka bentuk dan membina taman seluas 50 ekar ini. Pada mulanya semua pokok yang ditanam diimport dari Brazil, dan semuanya MATI. Jadi akhirnya diganti dengan pokok tempatan.
Tentulah lebih murah jika pakar dan pokok tempatan digunakan. Lagi pun, kos penyelenggaraan taman ini dilaporkan sebanyak RM7 JUTA SEBULAN !! Kalau kroni tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, misalnya, yang biasanya berharga RM200-300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.
4.4  KOS DEWAN SIMFONI FILARMONIK: RM500 JUTA
Dewan ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing digajikan oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 JUTA !!.
4.5   KOS LOJI “GAS DISTRICT COOLING (GDC)”: RM300 JUTA
Loji ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat-alat hawa dingin bagi seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan lagi dengan belanja lebih kurang RM80 juta.

4.6   BAGAIMANA BAKI LEBIH DARI RM4 BILION DIBELANJAKAN?
Ini merangkumi membiayai kos bangunan-bangunan dan infrastruktur berikut:-
? bangunan pejabat Esso (40 tingkat);
? bangunan hotel Mandarin Oriental (yang amat mewah bertaraf antarabangsa; berpuloh tingkat); kos dianggap beberapa ratus juta Ringgit;
? bangunan pencakar langit MAXIS, untuk kegunaan syarikat Ananda Krishnan;
? bangunan kompleks membeli-belah KLCC SURIA;
? kemudahan letak kereta bawah tanah 5-tingkat, untuk 5,000 kereta;
? rangkaian jalan di atas dan di bawah tanah serta terowong untuk menghubungkan KLCC dengan Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Ampang, serta dengan lebuh raya baru yang sedang dibina di atas Sungai Kelang (melalui terowong terus ke tempat letak kereta bawah tanah KLCC), termasuklah peningkatan taraf sebahagian Jalan P. Ramlee, dan beberapa jalan baru di sekeliling KLCC;.
? Sebuah masjid saiz sederhana yang berhawa dingin (pada mulanya Ananda Krishnan tidak bersetuju dengan pembinaan masjid ini, kononnya tidak membawa keuntungan kepada KLCC Holdings !!).
Adalah dilaporkan banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang perlu dikeluarkan oleh KLCC Holdings kerana banyak pertukaran dibuat kepada bangunan-bangunan dan infrastruktur.

5. MENGAPAKAH KAKITANGAN PETRONAS DIPAKSA MENDUDUKI MENARA KEMBAR DALAM KEADAAN BELUM SIAP DAN BERBAHAYA?
Ini menjadi tanda tanya, kerana ramai kakitangan Petronas telah diarahkan berpindah dari Dayabumi pada masa Menara Kembar masih lagi belum siap, dan tiada siapa yang sedang menunggu untuk mengambilalih ruang pejabat mereka di Dayabumi itu. Hasilnya ramai dari mereka mengalami banyak peristiwa cemas dan ngeri apabila kerap terperangkap dalam lif dalam keadaan gelap dan lemas, daripada beberapa minit sehingga satu jam setengah!! Mereka terpaksa berkerja dalam keadaan bising dan berhabuk kerana kerja-kerja menyiapkan bangunan itu masih berjalan dengan rancaknya, dan menanggung kesulitan-kesulitan lain seperti kegagalan alat komunikasi, sistem komputer, dan juga kesulitan makan dan minum.
Memang diketahui ramai, pembinaan Menara Kembar itu telah jauh terlewat dari jadual yang telah dikontrakkan. Maka biasanya kontraktor kena bayar denda. Tetapi suku-sakat Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam kontrak-kontrak ini. Jadi apa nak buat? Satu teori mengatakan bahawa satu jalan keluar ialah untuk Petronas menduduki menara-menara itu lebih awal maka, dari segi kontrak, dapat diibaratkan tiada kelewatan.
Pihak Pengurusan Petronas biasanya amat perihatin dengan keselamatan kakitangannya, sehingga rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat banyak demi keselamatan kakitangan, orang awam, dan juga alam sekitar. Inilah satu-satunya nilai terpuji yang telah menjadi adat resam Petronas dari dahulu lagi. Jadi mengapakah pihak Pengurusan Petronas bersetuju mengambil risiko yang sebegitu rupa pada kali ini? Tentulah ada sesuatu luar biasa yang menekan pihak Pengurusan Petronas.

6. BERAPAKAH KOS PENYELENGGARAAN/OPERASI KLCC SETAHUN?
Dengar-dengarnya, lebihkurang RM 250 JUTA SETAHUN melibati Menara Kembar dll (RM9 juta sebulan), Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan gaji ahli muzik asing (RM5 juta sebulan). (Orang Petronas/KLCC diminta perbetulkan jika silap.)
Kalau tak silap, perbelanjaan tahunan beberapa negeri di Semenanjung ini tidak sampai ke tahap ini !!
 

APAKAH MANFAAT KEPADA NEGARA JIKA PROJEK KLCC TIDAK WUJUD?
1. Petronas mungkin tidak perlu meminjam wang sebanyak RM 10 bilion. Mengikut Laporan Tahunan Petronas terkini, hutang Petronas sekarang berjumlah RM30 bilion.
2. Wang RM10 bilion boleh membiayai 1,000 km lebuh raya, atau 30-40 buah universiti, atau 40-50 hospital besar, atau 1,000 sekolah rendah, atau 350,000-400,000 rumah kos rendah, maka dengan sekali gus mengatasi semua masalah perumahan 2 juta rakyat.
 

APAKAH TUJUAN SEBENAR PROJEK KLCC?
Dari fakta-fakta di atas telah jelas kelihatan bahawa tujuan utama projek mewah dan mega ini ialah untuk manfaatkan suku-sakat dan kroni Dr Mahathir.
Untuk mengaburi mata rakyat, mereka disuruh bermegah dengan kejayaan kerajaan BN membina bangunan tertinggi di dunia. Kononnya untuk memahsyurkan negara dan menarik pelancung.
Takkan kita tak tahu ada banyak cara yang jauh lebih murah untuk menarik pelancung (mithalnya membina infrastruktur dan kemudahan yang cukup untuk “ecotourism”, kerana amat banyak potensinya di Malaysia ini – kebanyakkan pelancung Eropah dan Amerika mencari pengalaman yang berlainan dari kehidupan mereka harian di celah bangunan tinggi-tinggi…Lagi satu keperluan ialah meningkatkan keselamatan, kemudahan dan keselesaan pelancung dengan membina merata-rata tandas awam percuma yang bersih, hotel-hotel murah yang bersih, sistem pengangkutan awam yang senang digunakan oleh pelancung, rangkaian pondok informasi yang cukup –lihat keadaan di Amsterdam mithalnya……). Dan satu cara paling berkesan memahsyurkan negara ialah dengan wujudnya kerajaan yang bersih dari kezaliman, rasuah, nepostisme dan kronisme , dan memprojek imej sebuah negara yang menghormati hak asasi rakyat dan pelawat, yang mempunyai sistem kerajaan, sosial dan keselamatan yang cekap dan bersih!!
P/S
Kalaulah tidak kerana pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang bercorak mega-mega, Malaysia mungkin dua kali ganda lebih maju dari sekarang.

UP-DATE

 


 Assalammualaikum..
semua, serta salam sejahtera buat semua pengunjung-pengunjung  blog aku ni... Terlebih dahulu aku nak minta maaf banyak2 kat semua visitor2 blog aku yg terdahulu sebab sudah lama aku tidak  `MENG-UP-DATE` blog aku...Oleh kerana aku tidak update  blog lama aku 2.., maka dengan rasminya blog 2 pun dah tidak boleh digunakan lagi.. hrmm.. So aku pun create la blog baru he3.....Kalau nak tau.., aku ni bukannya pandai sangat tentang tulis menulis ni.. Orang cakap kalau nak luahkan perasaan ke atau nak kongsi2 cerita, kita boleh arr tulis kat sini.. Sekurang-kurangnya ia dapat menghilangkan kebosanan yg melanda diri kita sehari-hari..
Jadi sekarang ni aku nak cerita pasal apa ek.. Okla.., aku ni `kepingin sangat nak tengok filem... Filem 2 baru je keluar pawagam... Aku tidak pasti bila la aku berkesempatan nak tengok filem 2..Tapi beberapa hari yg lepas, adik aku ada ajak ak pergi filem 2, tapi tidak jadi pergi sebab tiket habis plk..Bengangnya...!!!!!! Aduh frust3....!!!!!! Kalau nak ikutkan aku.., masa `opening night`aku nak pergi tengok ngan adik-adik aku.., Tapi tau-tau sajelah keadaan aku..Aku kan orang kurang upaya.. (OKU) apakan daya he3... Tapi insyaAllah... suatu hari aku aka pergi tengok gak.., tapi dengan `bodyguard`aku arr.. Sapa lagi..., adik aku laaaaa haq3....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...