Followers

Welcome~

Monday, January 30, 2012


Sweeden Bakal Memiliki Masjid Ais Pertama Di Dunia


 Sebuah masjid yang diperbuat daripada ais akan dibina berhampiran Ice Hotel, Jukkasjarvi, utara Sweden. Menurut perancangan, kedudukan masjid tersebut akan dibina berdekatan dengan bangunan gereja ais yang telah dibini sebelum ini.

Ketua CEO Ice Hotel, Yngve Bergqvist, mengatakan perancangan pembangunan masjid ais wujud daripada kebebasan beragama di Jukkasjarvi.

“Pembangunan gereja ais telah menarik minat pengunjung untuk datang. Malah 150 pasangan memutuskan untuk berkahwin di gereja ini,” katanya seperti dipetik dalam thelocal.com.
Bergqvist akan memastikan pembangunan masjid bukan semata-mata untuk kepentingan komersil melainkan untuk meningkatkan penyampaian maklumat tentang Islam. “Pengunjung bakal datang dari pelbagai negara. Kami fikir sungguh bagus jika boleh membina masjid setelah sebelum ini membina geraja,” katanya.

Bergqvist mengharapkan bagunan masjid ais ini akan siap sepenuhnya tahun ini.
Imam Mahmoud Aldebe berharap pembinaan masjid ais dapat memberikan kesan berupa pemahaman yang benar mengenai Islam. Sebab, sebahagian pengetahuan masyarakat Sweden mengenai Islam terlalu sedikit. “Idea ini tidak lah terlalu kontroversi. Harapannya, tentu memudahkan kami (komuniti Muslim) untuk berdialog dengan masyarakat Sweden,” katanya.

Aldebe mengatakan tiada masalah mengenai kedudukan masjid berada berhampiran dengan gereja. Baginya, dengan kedudukan masjid berhampiran gereja akan memudahkan dialog antara budaya dan agama. “Mungkin imam yang bertugas akan memberitahu kepada tetamu mengenai Islam.

Apa kata anda????.. 

Cara untuk menambah tinggi badan secara semulajadi.

Berikut ini adalah cara untuk mendapatkan tinggi badan dengan cara semulajadi :
Tidur tanpa bantal
Sebaiknya saat anda tidur jangan menggunakan bantal. Ketika tidur, terjadi proses penebalan posisi tulang rawan belakang. Tidurlah dengan posisi lurus, maka posisi tulang belakang akan bertambah tegak dan membuat postur tubuh jadi lebih tegak.
Kalsium tinggi
Pasti anda sudah tahu bahawa kalsium sangat berguna untuk dapat meninggikan badan. Oleh kerana itu, biasakanlah untuk selalu mengambil makanan dan minuman yang mengandung protein dan kalsium tinggi. Minumlah susu kerana susu memiliki kandungan gizi yang sangat lengkap. Sebaiknya minum susu saat sebelum tidur karena penyerapan gizi akan lebih optimal di waktu tidur malam.
Akupuntur
Terapi alternatif ini dilakukan untuk menghilangkan sakit dengan cara menusukkan jarum pada sistem syaraf sehingga menjadi rileks di sekitar pusat sakit dan mendorong mengeluarkan endorphin. Hormon inilah yang pada yang akan memberikan pengaruh kepada pertumbuhan tinggi badan anda.
Olahraga
Olahraga kardiovaskular termasuk lari, mendayung empat kali seminggu selama 30 sampai 40 minit adalah cara baik untuk mengeluarkan endorphin. Segeralah anda memulakan olahraga secara teratur, anda akan merasai peningkatan tingkat endorphin dalam darah, hormon ini juga dapat meningkatkan mood positif.
Jangan membiasakan diri berposisi membongkok
Ada kebiasaan-kebiasaan yang sebenarnya salah bagi kesihatan. Posisi duduk dan berdiri bongkok dapat membantut tinggi badan. Apalagi tidur di atas meja saat belajar atau bekerja.
Bercinta
Setelah orgasme, dimana tubuh mengalami kontraksi fizikal yang kuat, kita akan mengeluarkan zat-zat dalam otak diantaranya beta endorphin, penghilang nyeri alami yang memberikan kita kehangatan dan rasa rileks. Tapi tips ini untuk anda yang sudah menikah.
Itulah cara bagaimana cara meninggikan badan secara semulajadi. Ingat, jika anda ingin meninggikan badan anda, anda perlu tahu berapa umur anda sekarang. Kerana umur di atas 28 tahun bukanlah umur yang ideal dan sesuai untuk meninggikan badan anda .Jadi kalau anda sudah berumur di atas 28 tahun ke atas, kemungkinan besar pertumbuhan ke samping atau melebar. bukan malah ke atas atau tinggi. Bercinta pun boleh guna pakai jugak ke..

Cuba lah......???
 

sihir..


Tanda-Tanda Terkena Sihir.

  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN
  1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :
  1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : sangat marah, sangat takut, sangat lalai dan mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA
Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama’ yang membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.
Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.
Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,”Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 )Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.
  1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauhinya.
  2. Mengucapkan “Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
    o Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
    o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
    o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
  3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
  4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
  5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
  6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrimnya.
  7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
  8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
  9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
  10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.
 Kata anda

Hukum Dan 12 Azab Bagi Yang Meninggalkan Solat

Tiga azab semasa di dunia:

1. Allah s.w.t akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2· Allah s.w.t mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga azab ketika hampir mati:

1. Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2· Dia akan merasa amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
3· Dia akan hilang keimanannya.

Tiga azab dalam kubur:

1. Dia sukar menjawab pertanyaan malaikat mungkar dan nakir.
2. Kuburnya amat gelap.
3· Kuburnya menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga azab menanti di hari kiamat:

1.Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
2· Allah s.w.t sangat murka kepadanya.
3· Allah s.w.t akan menyiksanya dengan api neraka.
Hukum Mengqada’kan Solat

Sesiapa yang meninggalkan solat kerana terlupa atau sengaja (dan berdosa jika sengaja), wajib mengqada’kannya. Sabda Rasulullah s.a.w: "Jika tidur salah seorang daripada kamu daripada solat, atau melupainya, hendaklah dia menunaikannya apabila sedar atau teringat".

من نسي صلاة فليصلها إذا ذكرها، لا كفارة لها إلا ذلك

Maksudnya: "Sesiapa yang terlupa satu sembahyang, hendaklah menunaikannya apabila dia teringatnya; tiada kaffarah baginya kecuali yang tersebut (iaitu tidak perlu membayar kaffarah yang lain, memadai dengan menggantikan solat tersebut)."

Banyak lagi hadis-hadis lain yang membawa maksud yang sama iaitu wajib mengqada’kan solat yang ditinggalkan. Pada zahirnya hadis tidak menyebut tentang hukum orang yang sengaja meninggalkan solat, adakah wajib mengqada’kannya atau tidak.

Jumhur ulama’ mengeluarkan hukum daripada nas tersebut. Mengikut kaedah Qias, orang yang meninggalkan solat kerana uzur seperti terlupa atau tertidur, wajib mengqada’kannya berdalilkan nas tersebut; maka kewajipan ini terlebih dahulu dikenakan kepada orang yang meninggalkan solat secara sengaja.

Janganlah kita terpengaruh dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan tidak wajib mengqada’kan solat yang telah ditinggalkan kerana cukup dengan Istighfar dan taubat sahaja. Ini kerana jumhur ulama’ daripada mazhab yang empat Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali mewajibkan qada’ solat secara umumnya.

Dikecualikan daripada Qada’ beberapa golongan:

1. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak wajib menggantikan solatnya yang terdahulu selepas baligh.

2. Orang kafir yang memeluk Islam (muallaf) tidak wajib menggantikan solatnya semasa kufurnya.
3. Perempuan yang haid

4. Perempuan yang nifas (keluar darah akibat bersalin)

5. Orang gila, mabuk dan pengsan yang bukan dengan sebab yang disengajakan seperti minum arak dll.

Selain daripada mereka, samada tidur, sakit, murtad yang kembali memeluk Islam, [pengsan, gila dan mabuk yang disengajakan] wajib ke atas mereka qada’ solat.

Tidur tidak boleh disamakan (qias) dengan pengsan iaitu tidak perlu menggantikan solat kerana perbuatan tidur dilakukan dengan sengaja dan kehendak diri, ia berlainan dengan pengsan yang tidak disengajakan. Dalilnya seseorang itu mampu menidurkan dirinya tapi tidak mampu menjadikan dirinya pengsan dengan sendiri dan apabila seseorang itu pengsan, kadang-kadang tidak akan sedar walaupun dikejut dengan kuat. Apabila seseorang memakan ubat untuk pengsan contohnya, maka apabila sedar dia diwajibkan juga mengqada’kan solat yang tertinggal kerana dia sengaja membuat dirinya pengsan.

Jika seseorang daripada lima golongan di atas hilang uzur mereka dan masih tinggal waktu yang mencukupi walau Takbiratul Ihram, wajib baginya menggantikan solat tersebut begitu juga solat yang sebelumnya jika boleh dijama’kan.

Hukum ini menyeluruh kepada yang bermusafir dan bermukim.
Contoh: Jika seorang perempuan suci dari haidnya pada akhir waktu Asar, wajib baginya mengqada’kan solat Asar dan Zohor yang sebelumnya. Begitulah juga perihalnya jika suci pada waktu Isyak, wajib mengqada’kan Maghrib dan Isyak.
Jika seseorang perempuan masuk waktu solat dalam keadaan suci, kemudian datang haidnya sebelum sempat dia solat pada waktu itu, dan waktu yang suci itu mencukupi untuk solat; wajib ke atasnya mengqada’kan solat tersebut apabila suci kelak kerana kelalaiannya dan tidak bersegera menunaikan solat selepas masuk waktunya.

Disunatkan mengqada’ solat secara tertib solat yang ditinggalkan seperti Subuh sebelum Zohor dan begitulah seterusnya. Dan hendaklah seseorang itu mendahulukan solat yang tertinggal daripada solat waktu tersebut kecuali kerana takut luput waktu solat tersebut.

Bagi orang yang tidak pasti berapa kalikah tertinggal solat hendaklah dia melaksanakan qada’ solat tersebut sehingga dia yakin bahawa dia telah menghabiskan qada' solat yang ditinggalkannya .


Hukum menangguhkan solat

Apabila masuknya waktu solat, wajib seseorang itu melakukan salah satu daripada dua perkara:-
1. Terus mendirikan solat, itulah yang paling afdhal atau
2. Berazam untuk menunaikan solat dalam waktunya.

Jika tidak melakukan salah satu daripada perkara yang disebut di atas, sesungguhnya berdosalah dia. Ini dinamakan azam yang khas. Dan wajib bagi seseorang itu selepas baligh menyimpan azam yang umum untuk melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Haram hukumnya menangguhkan solat sehingga tidak sempat menunaikan solat dengan segala syarat dan rukunnya di dalam waktunya. Sesuatu solat itu dikira sebagai tunai (
أداء) jika sempat mendapat satu rakaat daripadanya (selesai daripada sujud yang kedua). Apabila tidak mendapat walaupun satu rakaat, solat itu dinamakan Qada’. Tetapi dosa bukannya berkaitan dengan tunai atau qada’, seseorang itu telah dikira berdosa walaupun sempat mendapat satu rakaat di dalam waktu.

Tidur daripada Solat

Tidur yang dimaafkan sehingga keluar solat daripada waktunya:

1. Tidur yang bukan disengajakan (tertidur)

2. Seseorang yang lupa bukan daripada perkara yang dilarang (contoh perkara yang dibenarkan: terlupa kerana sebab leka belajar atau kerja; Contoh perkara yang dilarang: setiap perkara yang dilarang walaupun dariperbuatan makruh seperti bermain catur dan lain-lain).

Tidak makruh tidur sebelum masuknya waktu solat. Ada yang bependapat makruh tidur sebelum waktu Isyak dan haram sebelum Jumaat.

Dibolehkan tetapi makruh tidur selepas masuk waktu solat dan sebelum menunaikannya dengan dua syarat:

1. Jika seseorang yakin dapat bangun dengan sendiri atau bantuan yang lain (loceng atau kawan).

2. Dan berbaki daripada waktu kadar yang mencukupi untuk bersuci dan solat.

Jika tidak menepati syarat tersebut, baginya dua dosa:
• dosa meninggalkan solat pada waktunya
• dosa tidur

Jika seseorang itu yakin dapat bangun dalam waktu solat, tetapi apabila terjaga nyatalah telah luput waktu solat itu, dia tidak dikira berdosa kerana meninggalkan solat. Dia hanya berdosa kerana sebab tidurnya itu, dan dosanya tidak terhapus kecuali dengan istighfar dan taubat.

Kisah Orang Yang Meninggalkan Solat

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah s.a.w melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah s.a.w dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah s.w.t, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan:

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama."

Apa yang anda fikirkan..????


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...