Followers

Welcome~

Monday, April 30, 2012

Layan...

Layan lagu - lagu ni jap... Fell good..

Metallica-Nothing Else Matter

Guns N` Roses- November Rain

Selena  Gomez & The Scene-"Love You Like A Love Song

I hope you all`s enjoy the music..

Thursday, April 26, 2012

PTPTN..

Kerajaan akan mengekalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional, PTPTN, bagi memastikan generasi baharu tidak dinafikan hak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.


Sambil memberi jaminan itu, Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyeru rakyat tidak terpengaruh dengan janji manis pembangkang mahu memansuhkan hutang pinjaman itu.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN / TIMBALAN PERDANA MENTERI :-

"Tabung ini juga sebahagian dari dana Petronas jadi dia tak pandai kira, saya kecewa la orang Penang ni, not reasonable, hanya attractive sebagai political gimmick, dia fikir 1.9 juta saja, tapi yang lepas tu macam mana, tak dapat? Logik tak? Tak logik secara dasarnya kita akan kekalkan tabung PTPTN ini kita bagi selagi ada keperluan, tak payah nak layan nafsu rakus dan buas sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat ni".

Tan Sri Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang berkata demikian ketika sesi soal jawab dalam Perhimpunan Perdana Bersama Anggota Perkhidmatan Awam peringkat pusat dan negeri..

Beliau merujuk kepada rancangan pembangkang yang mahu memansuhkan hutang pinjaman sebanyak 43 bilion ringgit, dan menggunakan dana Petronas untuk membayar hutang berkenaan.

Katanya, pemansuhan itu hanya akan memberi manfaat kepada 1.9 juta pelajar yang telah membuat pinjaman sebelum ini.

Namun dari sudut lebih luas, akan merugikan generasi akan datang yang terpaksa menggunakan
wang sendiri untuk membiayai yuran dan bayaran pengajian tinggi.

Selain itu, beliau juga menjelaskan hanya segelintir pelajar IPT yang menyertai kempen menggesa hutang pinjaman itu dimansuhkan.

Sekaligus membuktikan majoriti warga IPT menyokong kewujudan tabung PTPTN.

P/S

Pada pendapat aku yang tak belajar sampai masuk IPTA ni.., memang bestla kalau ianya dimansuhkan.. Tapi kita sedia maklumla.. lagipun pada hemat aku, tak semua pelajar-pelajar IPTA menggunakan wang pinjaman tersebut ke arah pembelajaran.. Ada yang beli keperluan-keperluan yang tidak berkaitan. Kalau seseorang tu dah meminjam.., kenalah bayar balik... Betul tak.. 

SENDIRI MAHU INGATLAH..

19 TIPS CINTA..

19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


~ NANTI CUBALAH~

Wednesday, April 25, 2012

~ COMELNYER~



Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan ke tempat-tempat maksia 



~ SELAMAT MENCUBA
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


USTAZ DON
~ SELAMAT BERAMAL~

PETUA TIDUR..

PETUA TIDUR NABI SAW

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... INSYAALLAH AMALKANNYA DAN SEBARKANNYA..

JANGAN..!!!!

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"



بِسْــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم     



اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya



Sekian, semoga ada manfaatnya

Tuesday, April 24, 2012

KL I`M COMING..

AKHIRNYA

          Akhirnya aku sampai jugak kat Cheras - KL.. Aku jenjalan pergi bertandang ke rumah adik laki aku.. Dia kerja sebagai MA (Assistand Medical) kat klinik Cheras ni.. Jadi dia ajak la aku ikut sekali dok kat rmh dia (kuaters).. Aku minta maaf banyak-banyak sebab dah lama aku tak up-date post ak dalam blog ni.. Malas der hehehe.. Sebenarnya aku sakit telinga.. Gegendang telinga aku pecah pulak dah.. Ingatkan kedatangan aku ni, aku nak jalan-jalan kat KL ni.. Almaklumlah.., KL kan ibu negara Malaysia.. Aku nak lah jugak merasa tengok bangunan-bangunan berstatus mega-mega kat KL ni.. Tapi lain pulak jadinya huhuhu sabar jelah.. Inilah yang dikatakan dugaan Allah.......
Tak tahu lah bila adik aku nak bawak aku pergi ronda-ronda kat KL ni.. Yela.. Adik aku kan bekerja dekat bahagian kesihatan.. Jadi dia selalu lah sibuk on-call.. Aiii.., macamlah dia tu doktor.. Aku pulak 11/5 ni ada appoitment dengan doktor pulak.. Doktor nak cek, samada kecederaan aku ni serius atau tidak.. Chuak! jugak aku dibuatnya.. Sebab ada sumber-sumber yang memberitahu aku kalau kes macam aku ni, jalan yang akan doktor buat ialah melalui kaedah pembedahan.. Kena bedah la aku nampak gayanya.. Tapi aku nak buat macam mana.. Dah itu prosuder dia.. Itula.. Padan muka aku.. Yang aku gatal-gatal korek telinga extrem sangat buat apa.. Kan dah kena bedah.. ish....
Alhamdullah.. Buat masa sekarang sudah tidak berasa sakit sangat.., cuma denyut-denyut kecil sahaja.. Tapi pelik la.. Masa aku korek tak la pulak rasa sakit sangat-sangat.. Sebab aku rasa kalau pecah mesti berasa sakit.. Tapi ini tak pula.. 2,3 hari lepas tu barulah rasa kesakitannya.. Rancangan aku selepas semua ni selesai.., aku nak cuba `apply` masuk PLPP (Pusat Latihan Perindustrian Pemulihan) lah.. Pusat itu terletak di Bangi.. Untuk orang-orang yang macam aku ni, orang kurang upaya.. Nak masuk tempat tu pun kena temuduga taw.. Bukan nak cari kerja je yang kena ditemuduga hehehe.. Minta-minta dapatlah hendaknya insyaAllah..
Bukan ape.. Aku kalau boleh tak nak dah bergantung 100% kat parents aku.. Kalau boleh aku nak hidup berdikari.. Aku kan dah besar.. umo pun nak dekat 30thn...

~ INSYAALLAH~
       
P/S
InsyaAllah kalau aku berkesempatan disekitar KL ni.. Aku up-load gambar kat dalam blog ni.. InsyaAllah..

Tuesday, April 10, 2012

Budak baca ayat al-Quran elak dirogol

JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.

GAMBAR OLOK-OLOK
“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.

Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.

“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.

Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol.

Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.

“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.

Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat.

~ SUBHANALLAH ~

Rezeki Datangnya..

Semua Rezeki Datangnya dari Allah SWT

Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.

Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

Mahfum Firman Allah (Ali Imran:26):
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada rezeki sebenar yang kita peroleh atau yang hilang daripada kita semua­nya dikembalikan kepada Allah SWT.

Adapun yang dirujuk kepada saya dalam soalan ini, seolah-olah memberi makna bahawa ada manusia yang berikhtiar menutup rezeki orang lain dan mem­buka rezeki seseorang.

Dengan erti kata lain, ada manusia boleh mengkayakan atau memiskinkan manusia dengan kebolehannya, maka tentulah logiknya dia juga boleh membuka rezeki dirinya (untuk memperkayakan diri sendiri), bahawa dengan kekayaan itu dia boleh, membantu orang yang susah dan bukan menyusahkan orang yang sudah senang.

Secara logiknya, membuka rezeki lebih mudah daripada menutupnya. Contohnya, membuat sebuah bangunan lebih susah daripada membukanya. Memasang satu pintu mengambil masa yang lama dan sukar, sebaliknya memecahkan pintu adalah mudah dan sekejap sahaja.

Pada saya mungkin, restoran yang pertama, dibuka awal, tiada saingan, maka dengan sendirinya ramai pelanggan. Manakala restoran lain dibuka, dengan cara yang berbeza, layanan dan makanannya mungkin lebih berkualiti, muka ramai yang tertarik dan mengubah selera.

Sememangnya ada orang me­ngadu kepada saya bahawa pre­mis perniagaannya tidak dapat dilihat oleh pelanggan, seolah-­olah telah ditutup. Terpaksa berpindah ke tempat lain. Sedangkan restoran itu sebenarnya masih dibuka.

Mungkin juga pelanggan tidak perasan wujudnya restoran tersebut. Mungkin juga pelanggan hilang konsentrasi. Sebagai con­toh ada ketika kita pernah kehilangan seuatu benda (cermin mata misalnya), lalu kita mencarinya di merata-rata tempat, setelah puas mencari tidak berjumpa.

Maka isteri, bertanya, “Apakah yang kita cari, kita menjawab mencari cermin mata. Lalu dia memberitahu, “Itu cermin mata ada di atas meja”.

Mengapa selepas kita puas mencari tidak bertemu? Apakah kita disihirkan orang sehingga benda yang begitu mudah tidak dijumpai? Mungkin benar ada orang mengusahakan seperti meletakkan sesuatu yang diper­cayai boleh menyekat rezeki, tetapi yakini lah bahawa semua itu adalah usaha jahat manusia, walhal punca rezeki sebenar-benarnya di tangan Allah.

Bagaimanapun kita mesti berusaha menghindarkan per­buatan jahat manusia, seperti dengki khianat sebagaimana yang disebut dalam Surah an-Naas. Oleh itu, mohonlah kepada Allah, mohon perlindungan kepada-Nya. Carilah sebab-sebabnya mengapa Allah takdirkan kea­daan sedemikian berlaku.

~ WALLAHUALAM ~

Ilmu Allah..

Ilmu Allah maha luas, tidak terjangkau batasan akal

Ilmu Allah Subhanahu Wa Ta’ala maha luas, tiada batasan, tidak terjangkau dan tidak terbayangkan oleh akal fikiran manusia kerana hanya Dialah sahaja yang mengetahui apa yang sudah dan akan terjadi serta yang mengaturnya.

Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned berkata, manusia, malaikat, dan makhluk mana pun tidak akan dapat menyelami lautan ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala itu.

Menurut Yang Berhormat Pehin, Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak sekali-kali akan memungkiri janji-janji-Nya, dan janji Allah itu adalah benar.

 “Contoh yang jelas ialah sebagaimana cerita Nabi Musa Alaihissalam di mana baginda telah dihanyutkan oleh ibunya di dalam peti dengan wahyu (ilham) daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan akhirnya Nabi Musa kembali juga ke pangkuan ibunya itu dalam keadaan selamat dan terhormat setelah ditemui oleh isteri Firaun dan dijadikan anak,” kata Yang Berhormat Pehin semasa menyampaikan Kuliah Subuh Bersama Mufti Kerajaan di Kampung Sungai Besar sempena Sambutan Maulud Nabi 1433H, pagi ini.

 Menurut Yang Berhormat Pehin, jika mengikut akal manusia, logik dan ilmu manusia, membuang anak ke laut adalah bercanggah dengan akal dan ilmu manusia tetapi dalam ilmu Allah, perkara ini adalah sebaliknya, paling sesuai, tepat dan selamat.

 Dalam perkara ini, beliau memetik Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam Surah al-Qasas ayat 13, yang tafsirnya “Maka (dengan jalan itu) Kami telah kembalikan dia semula kepada ibunya, supaya tenanglah hati ibunya dan tidak lagi berdukacita, dan (juga) supaya dia (ibunya ini) mengetahui bahawa janji Allah itu adalah benar, akan tetapi kebanyakan orang tidak mengetahui perkara ini.”

 Dalam ceramahnya hari ini, Yang Berhormat Pehin antara lain menjelaskan bahawa kisah para nabi memang menarik kerana penuh dengan iktibar dan pengajaran, dan sudah tentu ia juga adalah mukjizat.

 Menurut Yang Berhormat Pehin, pada masa Nabi Musa diputerakan, dapat dinamakan sebagai “masa atau tahun penyembelihan” kerana pada masa itu Firaun telah mengeluarkan arahan atau perintah kepada askar-askarnya, kepada polis-polisnya dan perisik-perisiknya supaya sesiapa saja dari kalangan bani Israel yang melahirkan anak laki-laki, maka anak itu hendaklah dibawa kepadanya untuk disembelih oleh tangannya sendiri.

Sebaik sahaja Firaun mengambil sikap untuk menyembelih semua kanak-kanak lelaki yang baru lahir, setengah daripada penasihatnya telah menasihatkan supaya penyembelihan itu dilakukan berselang tahun sahaja, dan kerana itulah Nabi Harun Alaihissalam terlepas daripada arahan penyembelihan ini kerana Baginda dilahirkan dalam tahun yang selamat yang tidak ada penyembelihan.

~ WALLAHUALAM ~

Wednesday, April 4, 2012

Kelebihan..

Kelebihan orang yang banyak berdoa


DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”

Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas.

Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).

Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad.

Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang sentiasa berkeliaran di jalan mencari ahli zikir, apabila mereka mendapati satu kaum yang berzikir mengingati Allah mereka memanggil temannya lalu mereka pun datang mengelilingi orang yang berzikir dengan membentangkan sayapnya ke langit dunia. Lalu mereka ditanya oleh Tuhannya, sedangkan Tuhan lebih mengetahui dari mereka: Apa yang diucapkan hamba-Ku? Mereka menjawab: Hamba-Mu menyucikan, membesarkan, memuji dan mengagungkan-Mu.

Allah bertanya: Adakah mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhan, mereka tidak melihat Mu. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Jika mereka melihat Mu nescaya mereka lebih banyak beribadah kepada Mu, mengagungkan Mu, dan bertasbih memuji Mu.

Allah bertanya: Apakah yang mereka minta kepada-Ku? Malaikat menjawab: Mereka meminta syurga kepada Mu. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhanku, mereka tidak pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka lebih tamak lagi terhadapnya, lebih kuat memintanya, dan keinginannya lebih besar padanya.

Allah bertanya: Dari apakah mereka berlindung? Malaikat menjawab: Mereka berlindung dari neraka. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat neraka itu? Malaikat menjawab: Tidak, demi
 Allah mereka belum pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihatnya? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka pasti lebih menjauhkan diri daripadanya, dan pasti lebih takut dengannya.

Allah bertanya: Aku menyaksikan kepada Kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka. Ada malaikat berkata: Di kalangan mereka ada si fulan yang bukan dari golongan mereka, namun kedatangannya untuk sesuatu hajat keperluan. Allah berfirman: Mereka adalah kaum yang tidak celaka sesiapa yang duduk dalam majlisnya.”

Mengapa kita tidak memohon syurga kepada Allah, sedangkan Ibnu Abbas meriwayatkan daripada Nabi SAW sabdanya: “Allah menciptakan syurga dan menjuntaikan padanya buah-buahannya, dan mengalirkan padanya sungai-sungainya, kemudian memandang kepadanya lalu berfirman: Bercakaplah, lalu diapun berkata: Sungguh berjaya orang yang beriman. Lalu Allah berfirman: Demi keagungan Ku, engkau tidak akan dimasuki orang yang bakhil kedekut.”

Mengapa kita tidak meminta kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga, sedangkan Rasulullah SAW pernah ditanya mengenainya, lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang masuk syurga akan hidup di dalamnya tidak akan mati, dikurniakan nikmat padanya tidak pernah terputus, tidak lusuh pakaiannya dan tidak hilang keremajaannya.

~ MASYAALLAH... WALLAHUALAM ~

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...