Followers

Welcome~

Thursday, April 26, 2012

PTPTN..

Kerajaan akan mengekalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional, PTPTN, bagi memastikan generasi baharu tidak dinafikan hak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.


Sambil memberi jaminan itu, Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyeru rakyat tidak terpengaruh dengan janji manis pembangkang mahu memansuhkan hutang pinjaman itu.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN / TIMBALAN PERDANA MENTERI :-

"Tabung ini juga sebahagian dari dana Petronas jadi dia tak pandai kira, saya kecewa la orang Penang ni, not reasonable, hanya attractive sebagai political gimmick, dia fikir 1.9 juta saja, tapi yang lepas tu macam mana, tak dapat? Logik tak? Tak logik secara dasarnya kita akan kekalkan tabung PTPTN ini kita bagi selagi ada keperluan, tak payah nak layan nafsu rakus dan buas sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat ni".

Tan Sri Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang berkata demikian ketika sesi soal jawab dalam Perhimpunan Perdana Bersama Anggota Perkhidmatan Awam peringkat pusat dan negeri..

Beliau merujuk kepada rancangan pembangkang yang mahu memansuhkan hutang pinjaman sebanyak 43 bilion ringgit, dan menggunakan dana Petronas untuk membayar hutang berkenaan.

Katanya, pemansuhan itu hanya akan memberi manfaat kepada 1.9 juta pelajar yang telah membuat pinjaman sebelum ini.

Namun dari sudut lebih luas, akan merugikan generasi akan datang yang terpaksa menggunakan
wang sendiri untuk membiayai yuran dan bayaran pengajian tinggi.

Selain itu, beliau juga menjelaskan hanya segelintir pelajar IPT yang menyertai kempen menggesa hutang pinjaman itu dimansuhkan.

Sekaligus membuktikan majoriti warga IPT menyokong kewujudan tabung PTPTN.

P/S

Pada pendapat aku yang tak belajar sampai masuk IPTA ni.., memang bestla kalau ianya dimansuhkan.. Tapi kita sedia maklumla.. lagipun pada hemat aku, tak semua pelajar-pelajar IPTA menggunakan wang pinjaman tersebut ke arah pembelajaran.. Ada yang beli keperluan-keperluan yang tidak berkaitan. Kalau seseorang tu dah meminjam.., kenalah bayar balik... Betul tak.. 

SENDIRI MAHU INGATLAH..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...