4 JENIS PEREMPUAN
4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA 
 Sebagai  manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam  kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar.  Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk  memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan  menjadi penghuni neraka. 
1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.
Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.
" Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar  sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya..
" Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.
Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.
Curang pada suami.
Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si  isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam  rumahnya. Si isteri membuat perkara haram  atau bergayut atau  berchatting dgn lelaki lain.
Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.
" Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak  harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti  sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.
2.  Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan  suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).
Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri. 
" Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami  kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. "
Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya  mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih  perlu. 
" Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. "
" Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. "
" Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."
3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.
" Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award."
" Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut  ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. "
" Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."
4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.
Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar  membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak  menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok.  Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.
 Sumber artikel, ceramah Ustaz Kazim Elias.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment