Followers

Welcome~

Thursday, February 2, 2012

Marah....


Semalam aku telah dimarahi oleh seorang budak didalam facebook kerana telah menegur dia.. Dia marah sangat sebab aku tegur dia pasal tudung.. Yang sebenarnya aku ni memang suka tegur orang yang tidak menutup aurat.. Samada kawan atau tidak aku tidak peduli.. Kalau mereka nak marah biarlah, janji tanggungjawab aku untuk menegur kemungkaran kecil macam itu terlaksana... Aku telah melihat gambar-gambar dia kat dalam album facebook dia.. Ada beberapa gambar yang menunjukkan dia tidak memakai tudung.. Jadi aku pun tegur lah dia dengan cara yang mungkin berbunyi sindiran sedikit.. Teguran aku berbunyi “kenapa tak pakai tudung.., tudung basah ea..”
Salah ke aku cakap macam itu.. Aku tak adalah marah atau herdik atau kutuk mahupun menengkeng dia pun.. Aku tegur baik-baik apa.. Lain lah kalau aku tegur sampai mengaibkan dia kat dalam facebook.. Kalau disebabkan aku tegur dia macam tu.., aku tak kisah arr kalau dia nak marah sekalipun kerana itu boleh mengaibkan dia betul tak,..? Aku tak marahkan dia 100%.. Aku tegur dia pun adalah untuk kebaikan diri dia jugak dan jugak untuk kebaikan diri aku.. Sebab kalau aku tak berusaha untuk menegur dia, aku jugak akan mendapat “share” dia sekali.. Aku takut kalau malaikat tanya nanti.. “ kenapa kamu tidak berusaha menegur budak perempuan itu agar menyuruhnya menutup aurat..?” Apalah yang aku nak jawab nanti.. Ayat berdialog ni macam lawak je.. Masa korang dok dalam kubur nanti, rasalah.., pertanyaan sebegitu lawak atau pun tidak hahaha..
Aku ni bukanlah suka tegur orang sangat.., tapi ini melibatkan hukum Allah S.W.T.. Perkara semacam ni tidak boleh diperlekehkan sebab azabNya adalah perit sekali.. Oleh kerana budak itu masih lagi remaja dan masih lagi belajar.., jadi itu adalah satu masa yang terbaik untuk aku menegurnya tentang perkara ini.. Kalau dah meningkat dewasa.., rasanya susah untuk dia menerima teguran semacam ini betul tak..? Yang seronoknya tu.., kawan dia pun turut sekali marahkan aku kerana menegur kawan baik dia tu.. “ Dia suruh aku jangan jaga tepi kain orang lain.. Dia cakap aku ni macamlah bagus sangat..,dah kuat iman sangat ke dan macam-macam lagilah..
Aku tak cakap yang aku ni sempurna.., yela.., aku ni cuma manusia biasa.. Mana ada manusia yang sesempurna didunia ini.. Cuma Nabi Muhammad SAW sahaja yang sempurna, insan lain tidak..
Aku sudah pun meminta maaf kat budak tersebut.. Aku mengaku salah kerana telah membuatkan budak itu marah kat aku.. Mungkin cara aku menegur dia tu tak kena pada tempatnya.. Tapi percayalah aku tegur pun demi kebaikan masa depan dia jugak.. Aku ada memberitahu dia, “ terpulanglah pada kamu samada nak ikut nasihat aku atau pun sebaliknya”.. Pada aku kalau dia nak ikut alhamdulilah.. Kalau dia tak nak ikut pun tidak mengapa.. Aku tak ada hak nak paksa-paksa dia betul tak..? Kalau kita sedari.. Ramai para muslimah diluar sana yang tidak menutup aurat dengan sempurna.. Aku kepingin jugak nak tegur tapi tak boleh.. Macam-manalah aku nak tegur.., mereka tak ada betul-betul dekat dengan aku.. Kalau betul-betul didepan mata aku.., aku tegurlah.. Macam budak ni.., dia kat depan mata aku, meskipun aku tak pernah bersua muka secara “live” dengan dia tapi aku jumpa dia kat laman sosial ni di “ Facebook”

Jadi aku nak menegur lagi sapa-sapa yang aku nampak tidak menutup auratnya dengan betul.., dengan teguran yang berbunyi “ kamu orang Melayu,Cina atau India..?” oh Melayu.. Kalau melayu tentulah beragama Islam.., jadi kenapa tidak memakai tudung..?Rasanya itu tak salah betul tak...

Apa kata anda????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...