Mukjizat
Kita semua tidak pernah tahu siapakah yang akan berjodoh dengan kita,  namun dengan segala kebesaran Allah kita diberi tanda-tanda untuk  mengenali yang menjadi jodoh kita. Lantas bagaimana kita mengenali  tanda-tanda seseorang itu jodoh kita? Berikut ini tips untuk  mengenali tanda-tanda jodoh kita. 
 
Pertama, orang yang berjodoh dengan kita walaupun selalu bersama, tidak  ada sedikitpun perasaan bosan ataupun tertekan. Semakin hari,  semakin sayang kita padanya. Kita akan senantiasa berasa tenang, gembira dan menjadi  pengubat kedukaan kita. Dan dia pun merasakan hal yang sama seperti  yang kita rasakan. Rasa senang apabila bersama. Jika berjauhan terasa  ada kerinduan dan ingin berjumpa dengannya. Ketiadaan dirinya kita  akan merasa kehilangan. Kedua, Orang yang berjodoh dengan kita bersikap bersahaja  dan tidak "berkelakuan aneh." Cuba perhatikan caranya berpakaian, caranya  berbicara, caranya tertawa dan tersenyum mahupun makan dan minum (jaga imej). Apabila dia berketrampilan ada gayanya.., tidak dibuat-buat,  maka itu adalah salah satu tanda-tanda dia adalah calon pasangan hidup  anda. Jika tidak, maka anda mesti mengikhlaskannya kerana dia bukanlah  jodoh anda. 
Pada sesiapa yang masih "single" ingin segera menikah, memang ada niat & keinginan bersungguh-sungguhlah untuk menjemput jodohnya maka  Allah akan kirimkan jodoh yg terbaik dari sisiNya.. Sahabatku, Jangan  putus asa, tetaplah berikhitiar menjemput jodoh anda & memohon kepada  Allah agar diberikan jodoh yg terbaik.. InsyaAallah
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment