Followers

Welcome~

Friday, January 27, 2012

MOTIVAT..



BERCINTA

Cinta adalah fitrah manusia. Kata orang cinta datang tanpa dipaksa. Ia juga pergi tanpa dipinta. Jika benar begitu, bagaimana kita dapat mengawal cinta yang hadir dalam diri?
Ramai manusia percaya bahawa cinta itu adalah sebuah anugerah dan fitrah. Namun tidak ramai yang sanggup menerima bahawa cinta itu adalah amanah dari Allah. Allah sematkan dalam hati kita untuk mencintai seseorang. Dalam masa yang sama juga Allah telah menggariskan peraturan-peraturan yang sesuai dengan kehidupan kita sebagai hamba. Cinta yang direstui adalah melalui perkahwinan. Cinta yang tidak mengikut garis panduan Islam ialah dengan bercouple.
Cinta itu ialah rasa yang istimewa dalam hati. Bercouple pula ialah perbuatan menzahirkan kasih sayang antara wanita dengan lelaki yang bukan mahram dengan bermesej, berdua-duaan, berkasih sayang dan seumpamanya. Jika itu berlaku, ia bukan lagi cinta sejati, tetapi cinta yang telah dikotori hawa nafsu.
Apabila kita mencintai seseorang, kita tidak akan tergamak membawa dirinya ke kancah maksiat. Tidak sanggup membuatkan dirinya bergelumang dengan dosa. Sebagai seorang muslim, cinta kita tidak sama dengan cinta seorang non-muslim. Cinta kita di batasi syarak. Cinta mereka tiada batasan melainkan meluahkannya semata-mata. Oleh itu cinta kita perlukan pengorbanan, bukan sekadar merasai nikmat bercinta.
Apabila kita menyukai seseorang, kita dibenarkan untuk mengenalinya dengan ta’aruf. Samada lelaki atau perempuan, masing-masing boleh berkenalan. Boleh sms jika perlu untuk mengenali hati dan budi bicara masing-masing. Namun bukan bercouple. Selepas kita saling menyukai antara satu sama lain, teruskan ikatan dengan bertunang. Bertunang itu ringkas. Cukup sekadar lelaki bertanya dan wanita bersetuju untuk dijadikan sebagai isteri. Maka sahlah wanita dan lelaki itu sebagai pasangan tunang. Tidak perlu persetujuan ibu bapa, tidak perlu rombongan dan sebarang hantaran. Itu semua sekadar adat Melayu.
Bertunang itu penting kerana dalam tempoh itu, tiada lelaki lain boleh mengganggu atau merisik untuk mengenali pasangan kita. Dalam Islam memikat atau melamar tunang orang hukumnya adalah haram. Andainya semua umat Islam faham akan hal ini, maka tidak akan berlaku istilah rampas kekasih orang.
Jaga batasan-batasan pergaulan ketika bertunang. Jika mahu keluar bersama, bawa sekali seorang mahram seperti adik atau abang kepada perempuan itu. Membawa budak kecil bersama tidak dikira sebagai membawa mahram. Mahram yang dimaksudkan ialah seorang yang waras, boleh mengenalpasti hukum halal haram dan mempunyai kekuatan untuk menegur.
Setelah melalui tempoh bertunang, tentukan samada kita dengan si dia sesuai bersama atau tidak. Jika sesuai teruskan kepada perkahwinan. Jika tidak putuskan tali pertunangan itu dengan baik. Tiada istilah malu apabila berputus tunang. Islam sudah menganjurkan kepada kita bahawa semasa bertunang, usah dikhabarkan hal pertunangan kita itu pada orang ramai. Bertunang itu lebih baik dibuat secara diam-diam. Bukan dengan rombongan cik kiah yang masyarakat Melayu amalkan sekarang.
Sabda Nabi s.a.w: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Bertunang itu adalah ikatan pengenalan, bukan kepastian. Hubungannya boleh diteruskan dan boleh juga diputuskan. Jika ramai yang mengetahui dan ikatan itu putus maka akan membawa malu besar kepada diri sendiri dan keluarga. Jika tiada orang tahu maka perkara seumpama itu tidak akan berlaku. Aturan Islam itu sangat mudah dan indah. Cuma kita sahaja yang kurang memahaminya.
Penerangan di atas berlaku jika kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang. Bagaimanapun jika salah seorang tidak bersetuju, kita dibenarkan untuk terus berusaha memikat hatinya tetapi jangan melampau. Cukuplah sekadar 2-3 kali percubaan bertanya samada tanya sendiri kepadanya atau kepada orang tuanya, atau meminta bantuan orang ketiga untuk berbuat demikian. Jika berterusan ditolak, maka abaikanlah saja si dia.. Itulah perngorbanan kita dalam bercinta.
Andai benar kita mencintainya, cukuplah sekadar melihat si dia bahagia dari terseksa mengikut kehendak hati kita. Mencintai seseorang tidak bermakna kita turut akan dicintainya. Mencintainya juga tidak menjamin bahawa kita akan memilikinya. Bahkan ramai pasangan suami isteri yang telah berkahwin atas dasar saling mencintai juga tidak dapat mengekalkan perkahwinan mereka sehingga akhir hayat kerana tiada kesefahaman. Perkahwinan mereka diakhiri dengan perceraian.
Oleh itu usahlah bersedih dan bermuram durja terlalu lama setelah cinta ditolak. Mulakanlah langkah untuk mencari cinta dengan insan lain. Pencarian itu biarlah kerana kita ingin berkahwin dengannya. Bukan sekadar bercouple dan berkasih-kasih semata-mata. Maksud ingin berkahwin yang saya nyatakan ini adalah seperti proses yang dinyatakan di atas. Taaruf, bertunang dan teruskan kepada perkahwinan. Jika belum bersedia untuk berkahwin, maka usahlah melibatkan diri dalam hal-hal percintaan seperti bercouple. Kerana ia hanya akan mengundang dosa dari menghampiri pahala.
Apa kata anda..???



Thursday, January 26, 2012

Motivasi


 
‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’

 Jadi renungilah sebaiknya:-
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
  7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
‘Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan  berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik’

Tuesday, January 24, 2012

IKAN AROWANA


IKAN AROWANA

Kini ayah aku telah kembali dengan minat lamanya iaitu “memelihara” ikan Arowana.. Ikan spesis ni mahal der... Ianya boleh mencapai harga ratusan ribu ringgit tapi tu untuk ikan yang besar dan warna badan yang lawasajelah.. Yang masih kecil-kecil atau masih “baby” lagi.., harganya murahla sikit. Selalunya sekitar dalam  1 hingga 5 ribu ringgit.. Pada aku itu masih mahal der.., akan tetapi masih ada segelintir orang yang menggilai ikan ini sanggup membelinya termasklah ayah aku.. Pada mereka harga seperti itu biasalah (Standartlah harga macam tu)... Bagi aku tak ada apa-apa pun yang menariknya pasal ikan tu.., merugikan lagi pemilik ikan tu adalah. Mana taknya, sebelum bela ikan tersebut orang tu terlebih dahulu kenalah menyediakan sebuah bekas untuk menyimpannya iaitu aquarium dan lain-lain lagi seperti filter dan banyak lagilah benda-benda yang harus disediakan (malas arr ak nak cakap).. Itu belum termasuk makanan lagi.. Tak silap aku ikan yang ayah aku bela tu usianya baru 5 bulan..
Harus diingat.. Kalau nak memelihara ikan juga ianya bukan 1,2 bulan.., janganlah separuh jalan.. Yelah macam dah tak ada duit dan terasa malas..., terus buang kat dalam parit atau sungai-sungai..
Aku ada bertanya pada ayah aku.., kenapa minat sangat nk bela ikan ni..? Jawabnya:- “Inilah hobi ayah”.. Aku nak tanya koranglah, ada ke hobi membela ikan? Kalau ada individu yang menjadikan ikan itu 1 terapi untuk menghilangkan stress.., itu bagusssss.. Tapi ini  dah tinggal dikawasan perkampungan.., nak stress apa lagi.. Ok.., cuba korang terangkan apa itu “hobi”?????
Pada pendapat aku hobi adalah sesuatu yang kita minat.., betul tak? Tapi ianya tidak dilakukan sepanjang hari atau disetiap waktu atau setiap jam betul tak? Ianya dilakukan sekali-sekala betul tak? Haaaaa... Itu baru betul yang boleh dikategorikan sebagai “hobi”.. Kalau setiap jam/sepanjang waktu/setiap hari.., apa ke halnya tu.. Dulu masa aku kecil lagi ayak aku dah bela ikan macam ni.. Ikan tu lawa dan sisiknya berwarna kuning keemasan.., besar ikannya mana taknya bela dari kecil hinggalah besar. Tapi mati.., bukan mati semulajadi tapi dia melompat keluar dari aquarium dan mati kat atas karpet.. Ayah aku lupa nak tutup penutup aquarium dia der... Hrm..., itulah ada pepatah yang mengatakan bahawasanya “malang tidak berbau” huhuhu..
Ikan spesis ni ada beberapa jenis antaranya Arowana Malaysian Gold Bluebase dan macam-macam lagi la.., adala dalam 3,4 jenis lagi.., saja aku malas tulis... Bukan aku minat pun.. Tapi walau bagaimanapun aku tetap bagi sokongan dekat ayah aku terhadap minat ayah aku ni.. Cerita ni pun perihal ayah aku jugak..., betul tak.. Ayah aku cakap satu masa nanti ikan yang dibela tu akan dijual juga.. Tapi bukan sekarang.. Sebab ikan tu masih kecil lagi.. Hrmm... Ada ke orang yang nak beli... Kata orang putih.. “ Just wait and see" hehehe...
Ini baru berusia 5 bulan..



Sesiapa yang teringin mempelari teknik-teknik memelihara/menjaga ikan jenis ini bolehlah menghubungi saya di nombor :- 0175698102 (Aliff bin Abdul Jaini)
 


Ini serupa dengan aku punya..  Tapi ikan aku masih kecil lagi... Bila dah besar.., macam ni lah rupanya..

KUCING-KU

KUCING-KU

Pada awal pagi di bulan January satu kecelakaan jalan raya (jalan kampung jer) telah berlaku betul-betul di hadapan rumah aku.. Kecelakaan tu telah melibatkan kucing aku..  Kucing aku tu telah dilanggar oleh sebuah motosikal.. Yang langgar tu budak kampung ak jugak.. Ala.., anak kawan ayah aku.. Parents aku cakap  budak tu tak bersalah.. Kucing aku yang tak sabo-sabo nak melintas sangat.. Yela.., dah dia dengar mak aku panggil nama dia kat seberang jalan der... Yang kucing aku ni pulak suka main dan manja dengan mak aku, terus le dia melintas.. Kebetulan ada motor lalu.., apa lagi..kena lenyek la... Ayah aku cakap, dia kena teruk.. Dia kena langgar kat bahagian kepala.. Kemalangan tu berlaku betul-betul kat depan parents aku.. Korang tau-tau jela kalau orang perempuan tertengok kejadian macam tu (reaksi).. Budak yang langgar tu bagus.., dia berhenti.. Mungkin dia menyedari itu salah dia.. Sesetengah orang/budak lari je sebab takut........ Mahu tak lari, yg dilanggar tu melibatkan nyawa.. Walaupun itu nyawa seekor kucing..
Alhamdulillah.. Allah masih memberikan kucing aku peluang untuk hidup lagi.. Tak berapa lama lepas tu, tak silap aku dalam 30 minit kemudian kucing aku tu boleh bangun tapi masih dalam keadaan tercungap-cungap lagi mana taknya, sakit lah katakan.. Parents aku tak bawak dia ke hospital.. Mungkin parents aku tengok kucing aku tu dah agak stabil.. Mungkin pada aku itulah sebabnye kot yang parents ak tak bawak.. Parents aku bukan lah seorang yang bersifat kejam terhadap binatang.. Parents ak mengubatkan jugak, tapi sekadar yang termampu lah.. Lepas 1,2 hari lepas tu keadaan dia menampakkan keadaannya semakin membaik.. Pada awalnya memang lah kucing aku tu menunjukkan sifat-sifat seperti lemah dibahagian kaki dan tangan... Ianya mungkin akibat saraf-saraf yang telah terganggu disebabkan kemalangan tu, yela kena kat bahagian otak.. Yang lawaknya kalau kucing aku tu berjalan je.. Mesti dia berpusing-pusing dalam bentuk bulatan, mungkin masa tu dia masih dalam keadaan kebingungan kot hehehe..
Kini selepas hampir sebulan kejadian itu berlaku, keadaan dia sudah mulai beransur pulih.. Walaupun dalam firasat aku kucing aku tu tak 100% ok lagi sebab dia tak dapat rawatan doktor yang terlatih, namun aku bersyukur sangat dengan keadaan dia sekarang ni.. Sebenarnya aku nak jugak load gambar dia masa dia terlantar sakit kena langgar hari tu, tapi aku tak sanggup la.. Walaupun dia seekor binatang.., tetap aku mestilah hormat dia jugak.. Aku kena sedar.., aku tak boleh mementingkan diri aku sendiri.., semata-mata untuk kepentingan tatapan umum di dalam blog aku ni.. Akan tetapi aku kira tak menjadi kesalahan kot kalau aku bagi tengok gambar dia yang sudah agak pulih ni.. Nanti aku upload ok.. Kalau difikir-fikirkan kembali,dia dilanggar di kepala.. Kalau lah manusia yang kena langgar kat kepala agak-agak korang boleh tak orang tu tahan?

Pendapat korang..?










Sunday, January 22, 2012

PERCUTIAN

PERCUTIAN

Assalamualaikum.. Wah.. Dah agak lama gak aku tak post artikel kat dalam blog beb.. So apa yang aku nak tulis ni... Erm.. Kalau camtu apa kata aku cerita bab 2 hari lepas.. Pada hari sabtu yg lalu aku dengan adik laki aku buat BBQ kat depan rumah aku.. So dia pun jemput la kawan-kawan dia.. X ramai pun.., yela.. masing-masing ada commitment sendiri katakan.. Adik aku pun kerja gak.., tapi dia dapat cuti.. Lain la aku ni... Aku ni OKU, x de commit hehehe... Sebenarnya kami dah lama merancang nak p berkelah.. Tapi ramai yang x balik cuti dan kebetulan sekarang ni musim hujan, bahaya kalau p mana-mana air terjun pun.. So kami pun gunala plan B.. Jadi ini la plan B kami hehehe.. Untuk menyeronokkan lagi percutian kami ni.., kami pun merancang  menonton wayang.. Filem baru keluar ape ke tajuknyer.., erm.. Tak silap aku.., “Underworld Awakening”.. Pada aku best giler filem tu.. Ada gak part-part yang membuatkan hati aku cuak beb.. (bukan berahi) tapi menakutkan hehehe..

Pada malam tu  hari hujan der basah aku dibuatnyer.. Rasa nak demam pun ada ni huhuhu.. Aku Enjoy betul malam tu.. Yela bukan selalu ak dapat keluar cam tu.. Time adik aku balik cuti jer baru arr boleh keluar cam tu.. Kalau keluar dengan mak aku, aku tak berapa bebas sangat.., yela OKU.. Risau ape-ape jadi hehehe sabo,sabo,sabo.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...