Followers

Welcome~

Tuesday, January 24, 2012

IKAN AROWANA


IKAN AROWANA

Kini ayah aku telah kembali dengan minat lamanya iaitu “memelihara” ikan Arowana.. Ikan spesis ni mahal der... Ianya boleh mencapai harga ratusan ribu ringgit tapi tu untuk ikan yang besar dan warna badan yang lawasajelah.. Yang masih kecil-kecil atau masih “baby” lagi.., harganya murahla sikit. Selalunya sekitar dalam  1 hingga 5 ribu ringgit.. Pada aku itu masih mahal der.., akan tetapi masih ada segelintir orang yang menggilai ikan ini sanggup membelinya termasklah ayah aku.. Pada mereka harga seperti itu biasalah (Standartlah harga macam tu)... Bagi aku tak ada apa-apa pun yang menariknya pasal ikan tu.., merugikan lagi pemilik ikan tu adalah. Mana taknya, sebelum bela ikan tersebut orang tu terlebih dahulu kenalah menyediakan sebuah bekas untuk menyimpannya iaitu aquarium dan lain-lain lagi seperti filter dan banyak lagilah benda-benda yang harus disediakan (malas arr ak nak cakap).. Itu belum termasuk makanan lagi.. Tak silap aku ikan yang ayah aku bela tu usianya baru 5 bulan..
Harus diingat.. Kalau nak memelihara ikan juga ianya bukan 1,2 bulan.., janganlah separuh jalan.. Yelah macam dah tak ada duit dan terasa malas..., terus buang kat dalam parit atau sungai-sungai..
Aku ada bertanya pada ayah aku.., kenapa minat sangat nk bela ikan ni..? Jawabnya:- “Inilah hobi ayah”.. Aku nak tanya koranglah, ada ke hobi membela ikan? Kalau ada individu yang menjadikan ikan itu 1 terapi untuk menghilangkan stress.., itu bagusssss.. Tapi ini  dah tinggal dikawasan perkampungan.., nak stress apa lagi.. Ok.., cuba korang terangkan apa itu “hobi”?????
Pada pendapat aku hobi adalah sesuatu yang kita minat.., betul tak? Tapi ianya tidak dilakukan sepanjang hari atau disetiap waktu atau setiap jam betul tak? Ianya dilakukan sekali-sekala betul tak? Haaaaa... Itu baru betul yang boleh dikategorikan sebagai “hobi”.. Kalau setiap jam/sepanjang waktu/setiap hari.., apa ke halnya tu.. Dulu masa aku kecil lagi ayak aku dah bela ikan macam ni.. Ikan tu lawa dan sisiknya berwarna kuning keemasan.., besar ikannya mana taknya bela dari kecil hinggalah besar. Tapi mati.., bukan mati semulajadi tapi dia melompat keluar dari aquarium dan mati kat atas karpet.. Ayah aku lupa nak tutup penutup aquarium dia der... Hrm..., itulah ada pepatah yang mengatakan bahawasanya “malang tidak berbau” huhuhu..
Ikan spesis ni ada beberapa jenis antaranya Arowana Malaysian Gold Bluebase dan macam-macam lagi la.., adala dalam 3,4 jenis lagi.., saja aku malas tulis... Bukan aku minat pun.. Tapi walau bagaimanapun aku tetap bagi sokongan dekat ayah aku terhadap minat ayah aku ni.. Cerita ni pun perihal ayah aku jugak..., betul tak.. Ayah aku cakap satu masa nanti ikan yang dibela tu akan dijual juga.. Tapi bukan sekarang.. Sebab ikan tu masih kecil lagi.. Hrmm... Ada ke orang yang nak beli... Kata orang putih.. “ Just wait and see" hehehe...
Ini baru berusia 5 bulan..



Sesiapa yang teringin mempelari teknik-teknik memelihara/menjaga ikan jenis ini bolehlah menghubungi saya di nombor :- 0175698102 (Aliff bin Abdul Jaini)
 


Ini serupa dengan aku punya..  Tapi ikan aku masih kecil lagi... Bila dah besar.., macam ni lah rupanya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...