Followers

Welcome~

Tuesday, January 24, 2012

KUCING-KU

KUCING-KU

Pada awal pagi di bulan January satu kecelakaan jalan raya (jalan kampung jer) telah berlaku betul-betul di hadapan rumah aku.. Kecelakaan tu telah melibatkan kucing aku..  Kucing aku tu telah dilanggar oleh sebuah motosikal.. Yang langgar tu budak kampung ak jugak.. Ala.., anak kawan ayah aku.. Parents aku cakap  budak tu tak bersalah.. Kucing aku yang tak sabo-sabo nak melintas sangat.. Yela.., dah dia dengar mak aku panggil nama dia kat seberang jalan der... Yang kucing aku ni pulak suka main dan manja dengan mak aku, terus le dia melintas.. Kebetulan ada motor lalu.., apa lagi..kena lenyek la... Ayah aku cakap, dia kena teruk.. Dia kena langgar kat bahagian kepala.. Kemalangan tu berlaku betul-betul kat depan parents aku.. Korang tau-tau jela kalau orang perempuan tertengok kejadian macam tu (reaksi).. Budak yang langgar tu bagus.., dia berhenti.. Mungkin dia menyedari itu salah dia.. Sesetengah orang/budak lari je sebab takut........ Mahu tak lari, yg dilanggar tu melibatkan nyawa.. Walaupun itu nyawa seekor kucing..
Alhamdulillah.. Allah masih memberikan kucing aku peluang untuk hidup lagi.. Tak berapa lama lepas tu, tak silap aku dalam 30 minit kemudian kucing aku tu boleh bangun tapi masih dalam keadaan tercungap-cungap lagi mana taknya, sakit lah katakan.. Parents aku tak bawak dia ke hospital.. Mungkin parents aku tengok kucing aku tu dah agak stabil.. Mungkin pada aku itulah sebabnye kot yang parents ak tak bawak.. Parents aku bukan lah seorang yang bersifat kejam terhadap binatang.. Parents ak mengubatkan jugak, tapi sekadar yang termampu lah.. Lepas 1,2 hari lepas tu keadaan dia menampakkan keadaannya semakin membaik.. Pada awalnya memang lah kucing aku tu menunjukkan sifat-sifat seperti lemah dibahagian kaki dan tangan... Ianya mungkin akibat saraf-saraf yang telah terganggu disebabkan kemalangan tu, yela kena kat bahagian otak.. Yang lawaknya kalau kucing aku tu berjalan je.. Mesti dia berpusing-pusing dalam bentuk bulatan, mungkin masa tu dia masih dalam keadaan kebingungan kot hehehe..
Kini selepas hampir sebulan kejadian itu berlaku, keadaan dia sudah mulai beransur pulih.. Walaupun dalam firasat aku kucing aku tu tak 100% ok lagi sebab dia tak dapat rawatan doktor yang terlatih, namun aku bersyukur sangat dengan keadaan dia sekarang ni.. Sebenarnya aku nak jugak load gambar dia masa dia terlantar sakit kena langgar hari tu, tapi aku tak sanggup la.. Walaupun dia seekor binatang.., tetap aku mestilah hormat dia jugak.. Aku kena sedar.., aku tak boleh mementingkan diri aku sendiri.., semata-mata untuk kepentingan tatapan umum di dalam blog aku ni.. Akan tetapi aku kira tak menjadi kesalahan kot kalau aku bagi tengok gambar dia yang sudah agak pulih ni.. Nanti aku upload ok.. Kalau difikir-fikirkan kembali,dia dilanggar di kepala.. Kalau lah manusia yang kena langgar kat kepala agak-agak korang boleh tak orang tu tahan?

Pendapat korang..?










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...