Followers

Welcome~

Thursday, February 9, 2012

Sanggup:-


Potong Kaki Sendiri Agar Tetap Hidup 

Satu lagi kisah yang tersingkap di sebalik bencana gempa dahsyat di Sumatra Barat. Seorang mangsa gempa di Padang terpaksa memotong sendiri kaki kanannya agar membolehkannya keluar dari runtuhan sebuah gedung.

Di saat gempa berlaku, mangsa yang bernama Rahmad, yang berkerja sebagai buruh bangunan, tengah bekerja di lantai 6 Gedung Telkom Padang. Ketika hendak menyelamatkan diri, remaja berusia 18 tahun itu tertimpa runtuhan bangunan Telkom. Rahmad pun terjebak.

Selama dua hari, remaja asal Purwakarta itu mengerang kesakitan karena kakinya terhimpit 
reruntuhan. Tak hanya kesakitan, Rahmad juga kelaparan. Kondisi ini diperparah lantaran pertolongan tidak kunjung datang. Dan Rahmad pun telantar.

Ketika itulah, Rahmad berinisiatif untuk memotong kaki kanannya dengan gergaji. Rahmad tidak peduli dengan rasa sakit yang begitu hebat.

Kini Rahmad membutuhkan kaki palsu untuk melanjutkan hidup. Dia pun masih dirawat di Rumah Sakit Yos Sudarso, Padang. Dia lemas karena kehilangan banyak darah. Yang jelas, dia ingin pulang kampung.


4 JENIS PEREMPUAN

4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA 
 Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.

" Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya..

" Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.

Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.

Curang pada suami.

Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.

Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

" Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.

2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).

Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.

" Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. "

Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.

" Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. "

" Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. "

" Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."

3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.

" Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award."

" Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. "

" Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."

4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.

Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.
 Sumber artikel, ceramah Ustaz Kazim Elias.

Saturday, February 4, 2012

Sedih..

Sedih ni..

KUCING SANGAT SEDIH KETIKA MELIHAT KEKASIHNYA MENINGGAL DAN TERUS MENUNGGUNYA [SANGAT SEDIH]

 Kisah Seekor kucing yang sangat sedih ketika melihat kekasih/kawannya meninggal dunia, dan dia setia menunggu di depan jasad nya, dan berusaha membangunkan jasad kekasih / kawannya agar dia hidup kembali. tapi apa daya dia tak bisa hidup kembali, lalu seseorang berusaha membawa jasad itu untuk di kubur di tempat yang layak. :'(
sungguh saya menangis sejadi jadi nya saat melihat video ini.. seekor kucing pun mempunyai rasa sayang dan setia kpd kawan/kekasihnya .
tapi terkadang manusia begitu mudah membuang nyawa sesama dg penuh benci dan dendam..
coba renungkan bagaimana rasanya jika kau di tinggalkan orang yg sangat kau sayangi selama lamanya dan dia tak kan kembali lagi :'( bagaimana kalo ini terjadi di diri anda.. :'(

*Kucing tersebut mati tertabrak mobil di area perparkiran lalu temannya / kekasihnya menghampiri jasadnya yg sudah tak bernafas"

























Friday, February 3, 2012

Tips...

Tips lahirkan zuriat soleh
KELUARGA BAHAGIA…ibu bapa perlu pamerkan akhlak dan budi terpuji kepada anak yang masih dalam proses membesar kerana suasana positif itu akan meresapi ke dalam jiwa dan sanubari.SETIAP pasangan suami isteri pastinya mengharapkan perkahwinan yang dibina segera dikurniakan cahaya mata bagi menjadi pelengkap hubungan kasih sayang antara mereka. Jika berhasil, panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah kerana Dia ‘memilih’ kita untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik anak dalam kandungan itu supaya menjadi insan berguna.Bagi pasangan yang barangkali sudah bertahun menantikan kehadiran cahaya mata namun rezeki belum berpihak kepada mereka percayalah, itu sebahagian ujian Allah dan terimalah ketentuan itu dengan penuh reda.
Gunakan kesempatan yang ada untuk terus berdoa dan berusaha, moga-moga satu hari nanti Allah perkenankan permohonan kita menimang cahaya mata. Ketika itu, diharapkan kita sudah bersedia menggalas amanah Allah itu dengan sempurna. Setiapibu bapa mengharapkan anak mereka bukan saja dapat membantu di dunia bahkan diharap membantu ibu bapanya hingga ke akhirat.. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila sudah mati seorang anak Adam, maka putuslahamalnya kecuali tiga perkara, iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya.” Sekiranya mengidamkan zuriat yang terbaik dan soleh, setiap ibu bapa mesti sentiasa berdoa kepada Allah yang menjadi amalan nabi dan rasul. Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau sentiasa Maha Mendengar doa permohonan.” (Surah Ali-Imran ayat 38).
Dalam ayat itu, nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t.. Malah proses melahirkan anak soleh juga perlu mengambil kira adab sebelum melakukan hubungan intim bersama isteri supaya terhindar daripada gangguan syaitan.Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Aspek pemberian nama kepada bayi juga perlu diberi perhatian serius. Pastikan ibu bapa memberikan nama yang indah dan mempunyai makna yang baik selain sedap di dengar dan mudah disebut.. Daripada Abu Darda’ berkata, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu sekalian akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu”. (Riwayat Imam Abu Daud).
Nama yang dipanggil kepada anak itu adalah doa buat mereka dan mewakili diri serta kehidupannya. Jangan salah memberi nama sehingga membawa maksud keji, hina dan buruk maksudnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Berilah nama dengan nama-nama Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain). Anak juga perlu diberi penekanan terhadap tuntutan ibadah kerana kesempurnaan ibadah melambangkan sifat kepatuhan serta ketaatan kepada Allah. Ibu bapa juga perlu mempamerkan akhlak dan budi terpuji kepada anak-anak yang masih dalam proses membesar kerana suasana baik dan positif itu akan meresap ke dalam jiwa dan sanubari.. Soal halal/haram rezeki amat mempengaruhi tindakan sikap dan tingkah laku anak. Pastikan apa saja bentuk rezeki termasuk wang, makanan atau minuman yang dibawa pulang ke rumah datangnya daripada sumber halal, terbaik lagi suci.. Malah sumber syubhah perlu dijauhi. Rezeki daripada sumber haram pastinya tidak membawa keberkatan malah ia akan menjadi darah daging yang merosakkan.. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai manusia, makanlah apa-apa di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-Baqarah ayat 168).
Mulakan langkah pertama mendidik anak dengan kembali menghayati ajaran Islam serta menghidupkan persekitaran Islamiah dalam rumah tangga. Pegawai Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Roslan Che Rus berkata, ciri-ciri anak soleh antaranya taat kepada Allah, taat kepada ibu bapa dan menjadikan Islam sebagai pegangan.“Jika anak soleh menjadi perhiasan kepada kehidupan di dunia dan menyejukkan mata memandang, anak soleh pula membawa maksud bertentangan. “Anak toleh ialah anak yang jahat, tidak mentaati Allah serta ibu bapa serta sering menimbulkan masalah kepada masyarakat selain memusnahkan kebahagiaan rumah tangga,” Ibu bapa atau bakal bapa perlu sentiasa memainkan peranan mereka terutamanya menyuburkan amalan terbaik yang mampu memberikan kesan langsung kepada jiwa anak-anak untuk menjadi insan soleh dan solehah.“Melahirkan serta memiliki anak soleh lebih penting daripada menumpukan sepenuh masa mencari dan mengumpul harta kekayaan dunia.
Tiada gunanya sepasang suami isteri yang sudah memiliki segala-galanya, harta melimpah ruah, tetapi gagal membentuk peribadi anaknya yang diselubungi pelbagai masalah moral.. Istilah anak toleh atau derhaka ini pastinya menghampakan impian dan harapan kedua ibu bapanya malah tidak membahagiakan kehidupan orang tuanya di dunia dan di akhirat.. Anak soleh tidak akan putus-putus mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu bapa mereka meskipun mereka sudah pergi menghadap Ilahi. Itulah yang amat diharapkan setiap ibu bapa apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Doa yang sentiasa dipanjatkan anak yang soleh itu pastinya menjadi bekalan berkekalan buat mereka. Nabi ada bersabda yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” Anak soleh bukan dapat dilahirkan secara automatik, sebaliknya bergantung kepada pendidikan yang bermula sejak daripada pemilihan calon isteri atau suami lagi.Pendidikan sempurna adalah asas paling utama untuk melahirkan anak yang soleh selain perlu disesuaikan dengan suasana dan zaman mereka. Anak-anak perlu diberikan didikan sesuai dengan peringkat umur mereka dan suasana semasa di samping perlu melihat bentuk cabaran yang sedang dihadapi.
“Nabi Muhammad pernah bersabda, didiklah anak kamu mengikut peredaran zaman kerana anak kamu akan membesar pada zaman lain dengan cabaran berbeza dengan cabaran hari ini,” , memiliki anak soleh bermula sejak daripada pemilihan calon pasangan lagi iaitu berdasarkan kepada empat perkara agama, kekayaan, kecantikan dan keturunan.
“Rasulullah menyarankan lelaki yang mahu berkahwin memilih wanita atas sebab agama kerana pastinya ia usaha awal untuk memiliki anak soleh”. jika seseorang memilih pasangan yang tidak bagus sikap, akhlak dan peribadinya kemungkinan anak yang mereka miliki mempunyai sikap sama. Ramai pasangan melakukan kesilapan kerana hanya berdoa meminta dikurniakan anak, tetapi tidak ramai yang meminta dikurniakan anak soleh. Setiap pasangan perlu sentiasa berdoa supaya dikurniakan anak yang soleh. Justeru pendidikan awal daripada ibu bapa kepada anak mereka amat penting dalam menentukan baik buruk hala tuju anak-anak. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Setiap anak dilahirkan seperti kain putih, ibu bapanya yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Tidak cukup ibu bapa hanya berbangga anak mereka mampu memperoleh keputusan terbaik dalam peperiksaan kerana yang lebih penting daripada itu ialah mereka turut melakar kecemerlangan kerana menjiwai watak anak yang soleh. Ini bukan bermakna ibu bapa yang mempunyai anak derhaka perlu disisihkan mereka begitu saja namun anak itu perlu diberikan peluang serta bimbingan untuk berubah. Sebenarnya itu sebahagian ujian Allah kepada hambanya supaya mereka terus gigih memberi galakan serta membantu anak mereka kembali ke pangkal jalan.
Setiap ibu bapa disarankan tidak mudah putus harapan dan semangat sebaliknya terus melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai contoh ikutan kepada anak-anak.

Thursday, February 2, 2012

Marah....


Semalam aku telah dimarahi oleh seorang budak didalam facebook kerana telah menegur dia.. Dia marah sangat sebab aku tegur dia pasal tudung.. Yang sebenarnya aku ni memang suka tegur orang yang tidak menutup aurat.. Samada kawan atau tidak aku tidak peduli.. Kalau mereka nak marah biarlah, janji tanggungjawab aku untuk menegur kemungkaran kecil macam itu terlaksana... Aku telah melihat gambar-gambar dia kat dalam album facebook dia.. Ada beberapa gambar yang menunjukkan dia tidak memakai tudung.. Jadi aku pun tegur lah dia dengan cara yang mungkin berbunyi sindiran sedikit.. Teguran aku berbunyi “kenapa tak pakai tudung.., tudung basah ea..”
Salah ke aku cakap macam itu.. Aku tak adalah marah atau herdik atau kutuk mahupun menengkeng dia pun.. Aku tegur baik-baik apa.. Lain lah kalau aku tegur sampai mengaibkan dia kat dalam facebook.. Kalau disebabkan aku tegur dia macam tu.., aku tak kisah arr kalau dia nak marah sekalipun kerana itu boleh mengaibkan dia betul tak,..? Aku tak marahkan dia 100%.. Aku tegur dia pun adalah untuk kebaikan diri dia jugak dan jugak untuk kebaikan diri aku.. Sebab kalau aku tak berusaha untuk menegur dia, aku jugak akan mendapat “share” dia sekali.. Aku takut kalau malaikat tanya nanti.. “ kenapa kamu tidak berusaha menegur budak perempuan itu agar menyuruhnya menutup aurat..?” Apalah yang aku nak jawab nanti.. Ayat berdialog ni macam lawak je.. Masa korang dok dalam kubur nanti, rasalah.., pertanyaan sebegitu lawak atau pun tidak hahaha..
Aku ni bukanlah suka tegur orang sangat.., tapi ini melibatkan hukum Allah S.W.T.. Perkara semacam ni tidak boleh diperlekehkan sebab azabNya adalah perit sekali.. Oleh kerana budak itu masih lagi remaja dan masih lagi belajar.., jadi itu adalah satu masa yang terbaik untuk aku menegurnya tentang perkara ini.. Kalau dah meningkat dewasa.., rasanya susah untuk dia menerima teguran semacam ini betul tak..? Yang seronoknya tu.., kawan dia pun turut sekali marahkan aku kerana menegur kawan baik dia tu.. “ Dia suruh aku jangan jaga tepi kain orang lain.. Dia cakap aku ni macamlah bagus sangat..,dah kuat iman sangat ke dan macam-macam lagilah..
Aku tak cakap yang aku ni sempurna.., yela.., aku ni cuma manusia biasa.. Mana ada manusia yang sesempurna didunia ini.. Cuma Nabi Muhammad SAW sahaja yang sempurna, insan lain tidak..
Aku sudah pun meminta maaf kat budak tersebut.. Aku mengaku salah kerana telah membuatkan budak itu marah kat aku.. Mungkin cara aku menegur dia tu tak kena pada tempatnya.. Tapi percayalah aku tegur pun demi kebaikan masa depan dia jugak.. Aku ada memberitahu dia, “ terpulanglah pada kamu samada nak ikut nasihat aku atau pun sebaliknya”.. Pada aku kalau dia nak ikut alhamdulilah.. Kalau dia tak nak ikut pun tidak mengapa.. Aku tak ada hak nak paksa-paksa dia betul tak..? Kalau kita sedari.. Ramai para muslimah diluar sana yang tidak menutup aurat dengan sempurna.. Aku kepingin jugak nak tegur tapi tak boleh.. Macam-manalah aku nak tegur.., mereka tak ada betul-betul dekat dengan aku.. Kalau betul-betul didepan mata aku.., aku tegurlah.. Macam budak ni.., dia kat depan mata aku, meskipun aku tak pernah bersua muka secara “live” dengan dia tapi aku jumpa dia kat laman sosial ni di “ Facebook”

Jadi aku nak menegur lagi sapa-sapa yang aku nampak tidak menutup auratnya dengan betul.., dengan teguran yang berbunyi “ kamu orang Melayu,Cina atau India..?” oh Melayu.. Kalau melayu tentulah beragama Islam.., jadi kenapa tidak memakai tudung..?Rasanya itu tak salah betul tak...

Apa kata anda????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...