Followers

Welcome~

Sunday, July 17, 2011

doyan...


Assalammualaikum...
Sory la sebab dah 2,3 hari aku tak update blog aku ni.. Bila dah ada perasaan `malas..,`mula lah... hrmm... Okla.. Hari ini  aku senang bangat sebab abang sepupu aku datang rumah bersama isteri dan anak-anaknya.. Depa 1 family memang rajin datang ke rumah aku ni.. Yela.., mak aku kan mak sedara depa jugak ,so kena la selalu datang menziarah.. Lagipun rumah kami ni boleh lah diketegorikan dekat jugak.. Kebetulan masa diorang datang rumah, ada durian yg gugur.. Jadi dapat lah diorang merasa mkn durian yg mana sekarang ni boleh dikatakan bukan `musim durian`berbuah.. Itulah keganjilan pokok durian kat rumah aku ni.. Time `musim durian`, ianya tak `melekat`.., tapi time `musimnya`dah berakhir.., barulah nampak kelibat buahnya he3.. Itulah namanya rezeki Allah SWT..

Sekarang ni adik lelaki aku sudah mula bekerja.. Dia bertugas sebagai pembantu perubatan.., dalam bahasa inggerisnya digelar `MEDICAL ASSISTAND `atau (MA).. Buat masa sekarang dia bertugas dekat Hospital Besar Sultanah Bahyah Alor Star Kedah, selama 6 bulan sebelum diserapkan ke tempat posting yg telah ditetapkan.. InsyaAllah tahun hadapan adik perempuan ak pulak.. Yang sorang 2 pulak `Nurse`.. Orang-orang kampung panggil `Misi`he3....
Jadi nampaknya tinggal lah ak dengan parents ak kat kampung.. Tak palah.. Sekurang-kurangnya aku dapatla tolong apa-apa yg patut.. (tapi hakikatnya aku yg selalu mintak tolong) he3...
Aku nak minta maaf banyak-banyak kat semua.., sebab aku tak boleh uploadkan gambar durian-durian yg kami mkn tadi..,  almaklumlah kerana buat masa sekarang ni sebarang kamera biasa mahupun kamera handphone semuanya rosak.. Untuk kamera kegunaan keluarga, tak lama lagi ada la 2.., tapi kamera handphone  aku maybe 2 or 3 tahun lagi la kot.. Duit 2 ada kalau nak beli..,tapi aku berhajat nak buat belanja pergi Umrah.., lepas 2 barulah aku boleh belanjakan duit yg berbaki 2.. Aku harap semua yg membaca artikel aku ni.. dapat mendoakan hajat aku ni agar ianya kesampaian.. amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...