Followers

Welcome~

Friday, January 27, 2012

DUNIA KINI..


Dunia semakin dikejar sehingga lupa kepada bekalan hari akhirat. Rumah yang dibina cantik dan kukuh, isteri yang bakal ditinggalkan tidak pasti lg tergenggam kesetianya. Anak-anak yang ingin dilihat selalu sering mengabaikan kehidupan manusia untuk beribadat kepada Allah dan memperingati balasan di hari akhirat. kelak.

Firman Allah SWT:
" Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga) ".(Surah al-Imran:ayat 14)

Kita semakin lupa dengan peringatan akhir zaman. Tanda menuju kemusnahan dunia ini mendekati.. Ingatan demi ingatan sering diperlekehkan dan disalah ertikan.. Kini, kita kurang mengambil iktibar dan pengajaran.. Anak-anak kecil sudah diajar menyanyi dan sebagainya.. Gelodaknya generasi muda dengan gelombang maksiat yang hanyir membajak ruang masyarakat.. Hari ini segelintir sahaja yang menjaga solatnya dan berapa kerat sajalah yang menjadikan masjid sebagai rumah keduanya.. Ketika kebanyakan remaja dan belia muda menjadikan kelab malam sebagai pengisian tengah malam atau berlambakan anak gadis dan teruna-teruna berpelesiran di Dataran Merdeka, atau mana-mana dataran bercahaya di tengah kota.. Waktu penghujung malam menjadi begitu muda kepada anak muda lelaki dan perempuan untuk makan minum di cafeteria atau restoren-restoren mamak 24 jam..

Solat adalah tiang agama telah berani diingkari, itu sudah pasti menjadikan seseorang sekadar mempunyai nama Islam sahaja.. Golongan inilah yang mudah terdedah kepada murtad atau terlibat dengan keruntuhan akhlak dan moral dewasa kini..

Adakah Itu yang kita mahu dan dibangga-banggakan untuk keluarga kita dimasa hadapan???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...