Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga
 
رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ    
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dan mereka) dengan  yang benar dan Tuhan kami yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan  pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.” (Surah al-Anbiya’  21:112)
Amalan
Daripada Qatadah, beliau berkata  bahawa Nabi Muhammad SAAW diajar oleh Allah s.w.t. agar berdoa dengan  doa ini. Maksud doa ini ialah Baginda sentiasa berada pada pihak yang  benar, sedangkan musuhnya sentiasa berada pada pihak yang salah. Maka  Baginda diriwayatkan akan sentiasa membaca doa ini ketika bertemu musuh.  (Tafsir Ibn Hatim)
Selain membaca doa ini ketika berhadapan  dengan musuh, para suami dan isteri juga boleh mengamalkan doa ini  ketika berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumah tangga  seperti kehadiran orang ketiga yang cuba mengganggu gugat keharmonian  rumah tangga. Berdoalah agar Allah s.w.t. mengikat hati-hati setiap  pasangan agar sentiasa saling mencintai dan menyayangi.
 

 

No comments:
Post a Comment